Sunday, November 6, 2011

Pengorbanan Seorang Wanita

Memang senang bercakap mengenai korban , berkorban, pengorbanan, dikorbankan atau terkorban  tapi memang payah utk melaksanakannya, tambahan pulak sekiranya pengorbanan kita tidak dihargai, dipandang sepi, disisih sendiri, dipejam tak peduli.....well orang boleh kata, kita ni kalau nak berkorban tak boleh disebut, diungkit, dicerita, dihebah, disiarkan secara langsung, tapi kekadang sebab manusia kian alpa, maka pengorbanan kita tidak dipandang walau sebelah mata, malah kita dihindik lagi, diberikan lagi kerja, disuruh lagi berusaha, dipaksa lagi bekerja, baik dengan kata-kata maupun perbuatan. dek kerana kita dah ditakdirkan tak sampai hati nak menyusahkan orang, jadi kita  buat secara rela, secara ikhlas, secara baik kerana kita menghargai orang yang disekeliling kita, sampaikan kita terlupa bahawa kita juga ada kehidupan tersendiri, niat terpendam, hasrat yang tak diucapkan tapi tak dapat dilaksanakan dek kekangan pengorbanan itu.
Maka terjadilah........kecik HATI........jaga-jaga jangan sampai anda dilanda penyakit ini.....

No comments: