Tuesday, October 25, 2011

Kes Di Wad...sambungan

Alhamdulillah, pembedahan kakak ipar ummi dah berjaya dan insyaallah dia akan pulang ke rumah ummi petang ini. pengalaman 2 malam 1 hari menemani Kak Ani amat memberi erti yang bermakna dalam hidup ummi kerana tanpa kita sedari rupa-rupanya terdapat pelbagai kes penyakit yang dihadapi. Sekiranya para doktor dan misi dapat memaparkan kepada umum, maka banyaklah manfaat yang dapat dipelajari oleh manusia alam sejagat(ntah bahasa apa ni)
Oleh kerana ummi adalah seorang pemerhati tekun maka ingin ummi kongsi sedikit cerita di wad agar ianya dapat dijadikan teladan atau sempadan atau sekadar ilmu pengetahuan.

Kita mulakan ye:

Kes 1.
Seoarang makcik yang punya ramai sedara mara yang tak pernah miss mengunjunginya setiap hari, sehingga menimbulkan kesedihan kepada kami sebab kak Ani rasa kesunyian tanpa suami dan anak...hanya keluarga ummi yang ada.
mak cik ni datang dengan 2 jenis penyakit, darah tinggi dan kencing manis, datang kerana ovarian cyst di 2 belah kanan dan kiri. sebaik saja diperiksa, darah naik 200 dan tanpa disedari juga mengidap penyakit jantung tahap 2. Pembedahan ditangguhkan dan dia akan di bawa ke Penang utk rawatan selanjutnya.
Namun, mak cik ni nampak ceria selalu kerana sentiasa dirai oleh anak cucunya. suaminya dari Lubuk Merbau pun setia bersama. Tapi yg kureng sikit, ummi tengok anak cucu mai ramai2 dan makan segala jenis makanan depan mak cik ni yang dah 2 hari berpuasa. kami yang melihat agak terkilan di atas ketidakperihatinan ini, kalau lapar sangatpun, sabar la, makan dibawah atau diluar.

Kes 2.

Seorang budak perempuan sekolah menengah yang comel, dan sentiasa memakai tudung labuh ( kebanyakkan pesakit tidak endah hal aurat ni, majoritinya ) sentiasa senyum walaupun sakit selepas pembedahan cyst juga, kerana period yang tidak tetap dan berlanjutan. Ibunya seorang guru sekolah di Sungai Petani, mengajar petang, memandu jarak jauh semata2 utk menemani anak di waktu malam. Ummi amat terharu melihat betapa besarnya kasih sayang keluarga ini. ayah dan kakak sentiasa ada ......bertuah sungguh.

Kes 3.

Juga seorang remaja perempuan yang akan bertunang pada 11.11.11 dan dijangka berkahwin pada 12.12.12. ( semua ini diceritakan oleh kakaknya, berlainan bapa tetapi beribu yang sama ,pada malam kami berjaga)...pembedahan secara tebuk 3 lubang, pembedahan kali kedua dalam masa 2 tahun. tahun lalu cyst sebesar 3cm kali ini rasanya 4 cm.....ibunya berumur 47 tahun ( sama macam ummi) dah mempunyai 5 orang cucu tapi masih maintain. tapi sentiasa pening kepala semasa menemani anaknya dan dia menceritakan kepada ummi ( ummi tak korek pun) bahawa dia berasa sakit di bahagian bawah ketiak, seperti ada ketumbuhan yang keras dan semalaman dia tak tidur sebab sakit. dia juga takut nak buat pemeriksaan selanjutnya tapi rasanya dia tetap kena juga. Itupun dia kata nak tunggu anak dia keluar dari hospital dulu.

Kes 4.

Seorang isteri dari Pasir Puteh yg baru berkahwin dgn orang Kedah, membantu suaminya berniaga, disahkan hamil 2 bulan semasa sedang mengambil ubat utk thyroid...doktor menasihatinya supaya buat abortion. Semasa umi balik tadi, dia sedang menanti saat nak sakit selepas dimasukkan ubat( ummi tau bagaimana sakitnya)
Dia berjemaah isyak dgn ummi dan pagi tadi meminta kami berdoa utknya. Dalam salam tadi umi memberi semangat kepadanya dgn berkata, kita hanya berdoa dan berserah kepada Allah, rezeki sentiasa ada. patah tumbuh hilang berganti.

Kes 5

Seorang wanita 50an yang menemani ibunya berusia 70an yang sakit apa umi tak berapa tau, tapi kena letak uncang pundi kencing kat luar. Semasa solat subuh, umi dapati dia bersolat dalam kegelapan, dan sesudah itu dia menceritakan kepada ummi( juga tanpa umi paksa) bahawa ibunya selalu merungut mengatakan bahwa dia tak pandai letak uncang tu, sebab tu selalu bocor....walaupun dia dah belajar dari doktor. Dia berkata ibunya ada juga diambil utk dijaga oleh kakaknya yg bekerja lalu hanya membiarkan Indon menemani ibunya. walaupun uncang tetap bocor tapi ibunya tak pernah memarahi kakaknya....masyaallah.....ummipun pujuk dia, rezeki akhirat, kata ummi.

Kes 6: Kes Lawak

Selepas solat maghrib semalam, umi di stop oleh Subject Kes 5, menanyakan umur umi, umi anak sulung ummi, so dgn jujur selamba umi habar la....ropa2 dia nak cari menantu, ish bukan nak amik ummi, tapi anak ummi...dia kata tengok mak dia baik, pi sembahyang selalu, tentu anak2 diapun baik.....ummi dah nak terguling gelak ( campur riak) sebab ada juga orang yang berpendapat sedemikian di jaman moden ini.so ummi katala, anak ummi ( akak le tu) masih muda, baru 20 sedangkan anak dia dah 32, pemalu ada phd tapi tiada gf....ummi cuma geleng kepala. 
Namun begitu ummi syukur kerana masih ada ibubapa yang mementingkan agama dalam memilih jodoh. itu adalah amalan biasa bagi orang dulu2. dan umipun pernah menasihati anak2 supaya memilih jodoh yg beragama ( hai semua orang ada agama) yes...tapi yg memegang amanah agama dalam kerja buat. dalam hati, ummipun getar juga sebab rasa anak2 masih banyak yang perlu dipelajari mengenai agama...ummi dan abahpun masih merangkak dalam mendalami ugama.....

Itulah sedikit sebanyak pengajaran yang ummi dapat selama berada di situ....selepas ini ummi akan jaga Kak Ani di rumah, kena belajar jadi misi, kena banyak sabar, kena ikhlas dsb. mungkin ini masa terbaik utk ummi membalas jaga aruah ibu mertua yang banyak berjasa kepada abah dan ummi. doakan kami ye. Salam.