Showing posts with label along. Show all posts
Showing posts with label along. Show all posts

Friday, April 19, 2013

24 Tahun Sudah Anakku

Syukur alhamdulillah, hari ini genap usia Along 24 tahun. hmmmm dah besar panjang anak umi. Memang tak terasa usia kita dah meningkat kan.Kalau Along dah tua, abah dan umi apatah lagi. Syukur sangat2 sebab Along dah semakin menghampiri kejayaan maupun dalam kepayahan mengharungi kehidupan sebagai pelajar perubatan.

Sejarah kelahiran Along dah kerapkali umi paparkan di blog ini. Tentu pembaca dah muak nak tengok kan. Pengalaman melahirkan anak sulung sama saja bagi setiap orang kan. Jadi kali ini umi ingin menyorot kembali kenangan membesarkan along. Bila ditenung dan direnung, amat payah sekali nak cari apa kesusahan yang umi alami semasa membesarkan along. Tak banyak yang menyusahkan kerana dari kecil, along tak banyak mendatangkan masalah.Kalau dari segi penjagaan, tak susah langsung kerana umi mendapat bantuan dari aruah tok, tok, aruah tok wan dan juga Mak Jah, pengasuh setia along. Pendekata perjalanan hidup along amat tenang dan selesa sekali.

Manja? Besa la kalau anak sulung, semua dia dapat jadi tak payah nak guling2 depan kedai nak minta beli sebab umi akan beli awai2 lagi. Aruah Tok Besah pun selalu beli macam2 mainan bila kami balik Yan.
Walaupun begitu, along tak berlebih sebab dia sedar, ada lagi adik2 yang menanti. 
Masa Tadika?Hmmmm kat Tadika Assolehin di Pengkalan Chepa. Along dah pandai membaca masa umur 5 tahun....cakap pulak pelat Kelantan. Enam jadi ene.....lubang jadi lube, bulan jadi bule......hehehe ini penangan Mak Jah pengasuh la.

Darjah Satu di SR Abdul Rahman di Kuala Nerang. Tiap kali ujian, along mesti dapat 100......umi ingat lagi along akan tunjuk kat umi di SM Dato' Syed Ahmad, sebab sekolah kami bersebelahan saja.
Darjah 2 dah pindah ke SKJ yg tepi Aneka tu....dulu tak dak lagi le. Tiap petang kami akan tunggu along balik sekolah.
Darjah 3 dah pindah ke SKBBBD. dekat ngan rumah sikit. Tiap2 tahun along mesti naik pentas terima anugrah cemerlang.....bangga la umi n abah...anak sulung katakan.
Darjah 6 dapat UPSR 5A......terus minta pi sekolah agama di Agama Kedah, Alor Star.

Mulalah along berpisah dengan umi. Tapi walau payah macamna pun along tak mengadu sangat. Dia hadapi juga. Lama kelamaan along dah boleh hadapi semuanya dgn kawan baiknya Ridwan ( now buat dentistry di Jordan)....Along aktif juga dgn persatuan agama dan matematik. Dia memang minat betoi ngan matematik. Dapat bakat dari abah katakan. Sampaikan bila dapat SPM 12A pun dia dok kata nak jadi cikgu matematik. Tapi dah terminta buat medic n dapat pulak.

Kat Mesir, along tak pernah miss call umi setiap minggu selama 6 tahun ni. Kekdang sampai umi pun dah tak tau nak cakap apa lagi tapi umi layan sebab along dah susah payah contact umi. Itulah kelebihan along.
Insyaallah tahun ni tamatlah pengajian along selama 6 tahun, dan kalau semua lulus, along akan balik Malaysia dan mula housemanship....dgr pun umi dah takut, tapi umi percaya, dengan sikap sabar, tenang along akan berjaya menghadapi semuanya dan dapat berbakti kepada masyarakat dengan ikhlas demi agama.  

Doa umi sekeluarga agar along sentiasa bersemangat belajar, berjaya dunia dan akhirat. Moga semangat along akan menjadi contoh ikutan adik2 semua, Amin. Happy birthday Mohd Fakhrullah.

Thursday, April 19, 2012

23 Tahun Yang Lalu

Kisah hari ini ialah flashback kejadian yang berlaku 23 tahun yang lalu.

Tempat Kejadian: No 39, Kampung Padang, Jitra, Kedah.
Hari:  Rabu
Tarikh: 19 April 1989 ( bersamaan hari Keputeraan Sultan Perak)
Masa: 6.45 petang.
Peristiwa:  Kelahiran seorang bayi lelaki, berat 3.2kg, disambut oleh bidan kerajaan, disertai Azan Maghrib.

Inilah hari kelahiran anak sulung umi, Mohd Fakhrullah, yang lahir setelah 5 tahun menanti dengan penuh sabar oleh abah dan umi.  Bayi ini membesar selama 5 tahun di Pengkalan Chepa, Kelantan. Memulakan hari pertama persekolahan di Pasti As-Solehin, kemudian berpindah ke Kuala Nerang, Kedah, dan meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Dato' Abdul Rahman, kemudian berpindah ke Sek Kebangsaan Jitra pada Tahun 2, dan kemudiannya bersekolah di Sek Ren Keb Bandar Baru Darulaman sehingga Tahun 6.

Menjejak kaki ke Sek Men Keb. Agama Kedah dari Tingkatan 1 hingga 5.  Dengan kelulusan SPM, 12A, anak ini telah berjaya melanjutkan pelajaran di Univ. Kaherah, Mesir dan sekarang berada di Tahun 5, kursus perubatan. Insyaallah, dalam masa 2  tahun lagi, akan kembali utk menabur bakti di tanah kelahiran, Malaysia.

Doa abah dan umi agar, Mohd Fakhrullah aka Along or Pak Lah, akan menjadi seorang insan yang berguna didunia dan diberkati di akhirat.  Segala tindak tanduk Along adalah contoh ikutan 7 orang lagi adik2. satu tanggungjawab yang besar, tetapi mesti dilaksanakan dengan hati yang ikhlas.  Insyallah, abah dan umi sentiasa berdoa agar kehidupan Along diwarnai dengan ukhwah Islam yang terpancar luhurnya dan terserlah kebaikannya.

UCAPAN SELAMAT HARI JADI KE 23 KHAS UTK ALONG DARI KAMI DI MALAYSIA. WE LOVE U SO MUCH.......

Saturday, October 8, 2011

Kembali dan Berganti

 Biar gambar berbicara, menjelaskan peristiwa yg baru berlaku pada petang Jumaat 6 Oct. jam 6 petang di KLIA.
 Sementara menanti check in dan kawan along dari Kelantan sampai, kamipun posing dulu.
 Angle ni tak elok, tapi kami amik juga sebab along nak sembunyi tummy dia yg dia claim tak gemuk tapi baju yg dia pakai yg menjadikanya begitu. kami ikut aje le
 Control along control, tapi Bob selamber aje walaupun dia 2 x 5 = gemuks.hahahaha
 Perasan tak, dalam semua gambar ayish asyik jelan lidah aje....dia kata sakit lidah....pasai apa tak tau.
 Tiga beradik memosing tanpa disuruh sedangkan sebenarnya umi nak amik view KLIA.
 Ada nampak macam umi dok termenung dak, sedih sebab along nak balik ke sana semula.

 Along kata dia suka shot ni, ala ala kontrol macho gitu.....nampak lebih ke ustazan dari bakal doktor.
 Lagi ngan adik2 pompuan dia yg amat banyak menerima jasanya dan memberi jasa kepadanya dlm urusan penyediaan baju utk along....walaupun berbayar......
 Ait ada lagi.....yg tak dak ialah Eman yg tak dapat ikut sama kali ini.

 6 orang saja kelihatan. ayish dok selindung di atas troli tu...diselindungi oleh grey jacket tu....
 Ni lebih clear sikit walaupun ayish tetap terlindung.......awat Bob com semacam ni.....
 Ni shot sebelum along turun ke bawah....mesti ada restu dari dua orang ibubapa yg AMAT penyayang dan understanding...chewah.....umi dok kontrol x mau nangis n berjaya kali ini...itupun sebab along tak buat ayat syahdu macam ni: umi, abah,, halalkan segala makan minum along, doakan along berjaya dunia akhirat. kali ni dia dah tau yg kami tetap berdoa utk dia dan adik2nya walaupun tanpa di pinta.yg tetap tangkap leleh air mata ialah alin(pelakun tetap) dan atih yg tetiba teringat kisah dia pi qiamullail di Masjid Muttaqin dlm bulan puasa, dan diminta keluar oleh petugas di situ sebab hari dah malam.....takpa..niat tetap ada.

 Shot terakhir sebelum acara slam  salam menyalam bermula.
 Tak ketinggalan gambar dgn kawan along, Dini dari KB....dua-dua membawa pesanan dari kkwan di Mesir. walaupun lebih muatan, alhamdulillah dek niat yg ikhlas, mereka selamat...di Bahrin, transit 11 jam, dapat lak tidur hotel....
 Satu lagi................ok dah. cepat turun nanti banyak lagi checks di sana.
Hehehe....along pergi dgn gumbira kerana telah selamat melaksanakan tugas kepada keluarga, terutama dalam mengambil giliran menjaga tok. sekarang tugas akan digalas oleh Bob sehingga Feb 2012. Umi dan abah amat berterimakasih diatas pengorbanan semua anak yg tidak jemu menghabiskan masa cuti di rumah sambil menjaga keluarga.tiada balasan yg dapat diberi oleh umi dan abah, cuma doa yg berterusan agar hidup mereka semua diberkati, dirahmati dan diselamatkan dunia dan akhirat. Amin.

(By the time this entry was published, Along safely arrived in Egypt at about 7.30pm....alhamdulillah.

Wednesday, August 3, 2011

Huwa My Myvi

For the past 2 days, our break fast was done in a hurried manner. on monday, we reached home just for asar n then, magrib prayer was called...today, we did not get the chance to reach home after sending eman back to his school. 7.30, we stopped at medan selera tanah merah, just ordered simple nasi ayam goreng.
While eating, ayish complained of stomachache, so abah, along, alin and ayish went home first, leaving the three of us, eating. then along came in his kembara.....why along looked so pale?
i said : awat along tak mai ngan myvi, leh pi boh minyak.
Along answered; memang along nak mai ngan myvi, tapi along dah terlanggar tiang, lampu depan keluar and tepi tu kemik.......

Adui, i was taken aback....what? my Myvi, my new Myvi? but i had no heart to be angry at along, knowing that he never expected that to happen.....i should blame on the small parking space, instead. He offered US300 to pay for the repairment...but i know he needs the money, so i just geleng my kepala......