Friday, May 3, 2013

Ibuku Sampai Ke Takah 3



Sabtu: Umi terima mesej dari Abang Zan: Elok hang tiduq rumah mak. Dia tak lalu makan. Ini tidak pernah berlaku. Selalu mak amat berselera sekali makan. Umi terus ke rumah mak. Pujuk mak makan tapi mak geleng kepala. Nasi asam pedas kacang bendi, pisang, crackers dan putu kacang kegemaran mak langsung tak tersentuh. Sayunye.....awat mak ni, merajuk apa pulak sampai tak mau makan? mak kata, mak tak dak selera, apapun mak tak mau.

Ahad - Khamis:  Serupa saja. Mak cuma diam, tidur dan tidur. Tenang sekali walaupun perutnya selalu berbunyi minta di isi. Mak masih macam tu juga. Umi bergilir dgn Abang, Dik Yah (sepupu cum kakak ipar) Akak dan Atih menjaga mak. Kami gilir waktu tidur. Awai pagi selalunya umi dah tak boleh tidur sebab takut mak minta apa2. tapi mak tetap tak mau makan. Dia cuma minum susu sikit, air glukos, air zam2, air Yasin dan air kosong saja. Semuanya air, jadi mak tak ada tenaga langsung. Badan mak yang sedia kurus menjadi semakin cengkung, yang nampak cuma tulang, kulit dan urat. mak mengadu sakit badan, kami urut perlahan2 sebab kalau kuat, mak kata sakit. sambe tu mak masih lagi bercakap, mengingatkan umi jangan lupakan dia. Puasa dah ganti ke belum?....doa2 amalan mak umi pelajari.

Setiap hari umi terpaksa pergi kerja, nasib kali ini umi tak kena bertugas waktu peperiksaan jadi umi boleh la pejam mata sekejap di surau. Apa nak buat, memang letih sebab berjaga setiap malam. dalam hati umi sentiasa berdoa, mintalah semua adik beradik balik, biar kami sama2 menjaga mak. Itulah harapan berterusan mak. Dia kata dia tak mau mati kesaorangan. Umi maklum akan hal itu. So umi call Cik Ani ( abang di KL) dan Teh (kak di Sg.Buloh).....balik la tengok mak.

Pagi Jumaat, Cik Ani dan isteri balik. Syukur. kami berjaga lagi. tak sekalipun kami biarkan mak kesaorangan. Mak tetap tenang, mulut masih bercakap tapi makan, tidak sama sekali. Umi hairan tengok mak. Dia cuma mengaduh kelenguhan tapi tak merungut langsung pasal lain. Kami dah pakaikan pampers sebab mak dah tak larat nak bangun utk kadho hajat. 

Sabtu: Cik Ani dan umi mandikan mak. Mak suruh siram air banyak2 kat kepala. Segar sikit katanya. Kemudian kami bedakkan mak bagi nampak comel. Mak memang sangat2 menjaga penampilan. Tak mau busuk, tak mau selekeh. Umi tersedu-sedan sebab nampak tanda2 mak dah nak pergi. Bila mak minta buah laici, anggur dan air tebu, umi terus pecut ke market. Sambil memandu, umi dah menangis sorang diri....nak keluar kereta, umi lap mata tapi masih nampak bengkak muka . Nak buat macamana ni? Biarlah orang nampak. buat2 macam selsema. lepas beli umi terus pecut balik. Mak cuma jamah separuh biji laici. Minum air sikit. Aduhai......

Ahad (28 April) Umi ambik cuti CRK. Kami masih mandikan mak, siapkan dia seperti biasa. Adik-beradik dan orang kampung semakin ramai menziarah. Ini petanda yg mak dah nak pergi. Ya Allah, umi terus berdoa, sekiranya Allah nak jemput mak, biarlah dengan cara yang lembut. Umi zikirkan Ya Latif sepanjang masa...Umi usap kepala mak, umi renjiskan air pada badan mak. Umi tanya mak: macamana mak rasa? Mak kata: tak boleh nak cerita. Umi terus berdoa lagi. Mak semakin lenguh. Hidung mak dah nampak jatuh, tak mancung lagi. Telinga pun dah berubah. Umi pegang nadi di tangan. Lemahnya......Umi call Teh lagi. Balik la Teh. Mak dah lali ni. Teh keluh-kesah kerana diapun sedang jaga anaknya yg sakit kena tetak dgn India estest. Dia anggota Rela tapi malam itu ntah macamana 4 orang India sudah mengamuk. Kesian anak saudara umi. Lari dan di belasah oleh India. Kena 30 jahitan. Pergerakan dia terhad. itulah sebab teh tak boleh balik. Umi terpaksa mendesak. Biarlah. janji mak dapat juga jumpa anak dia.

Isnin(29 April) Umi terpaksa pergi kerja. Cuti cuma ada 4 hari dlm tahun ini. Umi mesti siapkan kerja dulu. Duit kut nak kena bayar kat kkwan. 8.45 umi dah minta izin balik. Umi tak kira apa dah. Sampai rumah, mak dah siap nak dimandikan. Kami bertiga ( Abg Zan, Cik Ani dan umi) memandikan mak. Umi terdengar mak berkata: ERMM....anak2 ku.........mungkin mak rasa gembira dilayan sebegitu  rupa oleh anak2 dia.
Jam 12 tgh, mak tiba2 penat......nafas naik turun dgn cepat sekali....umi dah gelabah. mak minta cik ani dudukkan dia, tapi tak lama sebab mak dah tak larat sangat. Cuaca amat panas sekali. Mak asyik tanya pukoi berapa. dari jam 2 ke 3 ke 4. (ini satu lagi petanda)Umi kata nak masuk asar dah ni mak. tentu sejuk sikit kan....mak diam .

Umi kesian tengok mak. terus umi minta cik ani buang pintu bilik, bagi udara masuk banyak sikit, bagi lapang agar mak boleh bernafas dgn baik. Kak Su jiran datang membaca kuih loyang yang mak minta nak makan. Umi picit2 dan suapkan, mak gonyeh2 sikit, terus tak mau. Umi terus membaca surah Al Fajr ayat 27 - 30, memohon agar mak akan menerima rahmat Allah dan ditempatkan di syurga.

5 petang Teh sampai. Syukur, mak dapat berjumpa anak sulung ( sulung ganti). mak dah lemah tapi masih boleh berkata2. maghrib time, mak penat lagi. Badan dan tangan berpeluh2...umi dan Teh terus mengurut mak. Umi duduk di hujung kepala. Mak suruh letak minyak Cap Kapak kat perut. Pedih katanya. Banyaknya mak berpeluh. Umi dah tak sedap hati. mak gelisah lagi. Tiba2 mulut mak bergerak, mak membaca sesuatu tanpa henti. Umi dan Abg Zan terus membisikkan Allah berganti2. Mak diam. Mak buka mata kali terakhir dan nafas mak terhenti. Azan Isya' terus berkumandang. Umi peluk mak berterusan dan menjawab azan bagi pihak mak.....8.40 malam, umi dan adik beradik menjadi yatim piatu......wajah mak tenang sekali, seolah2 mak sedang tidur. Adik-beradik mula menziarah  dan tahlil pertama kami adakan malam itu. Tetiba kami dilawati oleh calon BN Aminuddin Omar dgn orang2nya. Siapa pulak yang bagitau ni? Biarlah....Kami semua berkumpul malam itu. 

Selasa: Urusan pengkebumian mak akan disempurnakan pada 11 pagi. Sibukla kami adik-beradik. Tetamu mak termasuklah calon PAS, Dr Rohani. La sapa habaq ni? Biasalah kan, time election ni.....apapun mak seorang saja yg dapat penghormatan ini. Syukur mak selamat disemadikan berdekatan pusara abang Din, Kak Wan, Long dan Pak. Sampai juga hajat mak.

3 malam kami adakan tahlil. Kami tidur beramai2 di rumah mak. Semua adik beradik bekerjasama erat. Mak tentu tersenyum gembira melihat kami. 2 hari kami mengemas rumah mak. Segala peralatan pinggan mangkuk mak kami bahagikan. pakaian mak kami sedekah. Rumah mak dah lengang. Hujan turun malam khamis, atap semakin bocor. Anai2 kelihatan di merata tempat. Rupanya, rumah ini menanti ketiadaan mak. rumah uzur ini bersabar dgn mak. dari dulu lagi mak tak mau buat rumah cantik2. Dia bukan nak duduk lama katanya. Lagipun kami semua dah ada rumah masing2. 

Khamis petang. kami semua berpisah. Tak sanggup umi melihat kampung yang telah diduduki oleh mak dan pak selama 65 tahun terpaksa di tinggalkan. umi balik ke rumah dengan hati yang kosong. Umi berdoa agar mak tenang di alam barzah..Takah 3.....umi akan terus berdoa utk aruah mak dan pak. Umi berdoa agar mak dan pak tenang dalam rahmah dan kasih sayang Allah. Moga umi dapat berjumpa mak dan pak di akhirat kelak dalam suasana gembira......al Fatihah