Sunday, October 27, 2013

Semua Dah Terbang

Semua dah balik ke tempat masing2. rumah dah sunyi. yg tinggai hanya kanak2. kehidupan kembali seperti sediakala. rutin tetap sama. ntah bila depa cuti lagi. yg pasti umi yg akan bercuti 2 minggu. nak gi ziarah depapun rm tak cukup dah sebab gaji awai sangat. nak tunggu bonus tahun depan baru dapat.
so umi cuma doakan kesejahteraan anak2 baik di mana mereka berada. fokus dlm pelajaran. tuntut ilmu yg baik sahaja, yg tak elok letak tepi, jgn pandang langsung.......

Sunday, October 20, 2013

49th Birthday

 Hujan lebat kelmarin tidak mematahkan semangat anak2 umi merancang sambutan awal harijadi umi bertempat di Cafe A (KMK). Sebab Eman kena masuk kolej balik dah, kami sambut secara sederhana. Blueberry cake n domino's pizza licin dimakan, maklum hujan perut jadi lapar. Alongpun dah berisi setelah 4 bulan bercuti...so makan sikit ajelah
 Tak tau la sapa yg makan banyak ni.
 kad harijadi dari, Dr Fakhrullah ,OMG, Bob @An, Eman Awe Ganu, Adik Siska, Alin Pap dan Ayish Ensem....kali ni umi minta blender baru yg leh buat juice n ice blended....now nak go healthy with carrot, orange and tomoto plus celery juice....uish sure nampak muda pas ni.
 Macam besa, kalau kat ofis, umi n Intan akan sambut sebeday sekali. Intan baru masuk 33 n umi pun tak jauh berbeza hehehe......kek cantik Intan yang beli.
 Roti jala mak Liza masak n bihun hailam mak su Intan buat. Kami ni pandai makan ja....leh jamu kkwan.
Photo shot of our colleagues.....memang meriah bila kami masuk ofis pas raya. semua pakat nak buka cerita. maklum study week students pun x mai. kami apa lagi....raya la

Apapun yang paling umi hargai ialah jasa kedua aruah ibubapa yg berjasa mendidik umi sehingga menjadi....orang...moga Allah Merahmati kedua aruah. Al-fatihah

Saturday, October 19, 2013

Penang Tour

This hariraya aidil adha celebration  was a simple event. Since all my brood came home, we decided ( actually i was the decider) to go to Penang for a 2 day trip. jadilah since the economy is very tight. On Thursday we arrived at B-Suite at about 2 pm, the usual venue was Bukit Jambul Bowling centre...wherever we go the children would make sure there was a bowling arena...agak2 le....semua pakat perasan depa pandai ....

Umi did some shopping, got a few t-shirts for Ayish since he already outgrew his clothes..and it was quite some time since i last bought his stuffs. Planned to go to Hammer Bay for dinner but cancelled it coz we were too tired to drive there...waiting for the food to be served would take about an hour and by the time it arrived, we would already feel too sleepy to enjoy it. so might as well we returned to the hotel and grabbed whatever edible.

On Friday, we left at about noon and headed towards Bendera Hill. They really wanted to visit the place, planned many time but always did not materialize so this time they were adamant so off we went..But stopped at Masjid Negeri for Jumaat prayers first. We ladies had our lunch, listening to the khutbah clearly delivered from the mosque. Then the father and sons had lunch and we arrived at the foothill at about 3.00. Observing the height of the hill made me shivers...sure it would not be my cup of tea. So i surrendered early and Bob accompanied me while the others took the challenge and went up the hill.

When they finally came down, they complained of Bangang ( Ayish's term of bengang)......haha padan.
We left the place n stopped at Carefour coz i wanted to get a new blender ( cadang nak buat fruit juice n ice blended)....konon hadiah harijadi hehehe.....but when the children grabbed this and that, the total sale was rm475.....adui mak.....itulah depa x tau, hang sikit, aku sikit, dah jadi bukit.
Finally, we arrived at about 10pm......hmmmmm there goes our hariraya  trip.......rm1000 gone......apalah sangat dibandingkan dgn kegumbiraan anak2...










Wednesday, October 16, 2013

Erti Pengorbanan

Assalamualaikum,
Moga semua sihat wal afiat. Dah habih raya no? Ye la kali ni raya aidil adha dirayakan secara sederhana. Yang penting semangat pengorbanan kita hayati dan praktikkan.

Umi pun kali ini beraya ala kadar saja. Maklum gaji awai sangat tak berani nak belanja sakan. Bulan depan jenuh garu kepala. Kan Allah tak suka hambaNya membazir. Bukan apa kuih raya yg haritu pun tak habih lag. sapa pun tak larat nak makan. jadi dari membazir dan dimurkai Allah, kali ni umi tak order kuih, cuma beli sebiji cheese cake. Kot2 sapa mai. Ketupat order 2 kilo....tapi sampai hari ni tak habih lagi, ntahla kali ni semua anak2 tak pulun makan. Ada yang diet, ada yang pantang. 

Pagi raya,abah, umi n the boys pi solat di Masjid Tanjung Pauh. First time jejak ke situ. Selalu umi pi masjid A'la kat Jitra. Ubah suasana la pulak. Kan kita diminta utk berubah. Jgn dok setempat saja, cari pengalaman di tempat lain.  Hujan agak lebat tapi tak kami hiraukan, janji dapt solat jemaah aidil adha. Ini pesan aruah mak. Dia kalau umi tak pi solat dia marah betoi. so akan umi pastikan ianya menjadi amalan. 

Pas tu kami menziarah kubur mak, pak dan sedara. Sayu rasa hati bila melihat pusara yg berdekatan. Umi terasa dan tertanya, di manakah agaknya tempat pembaringan umi nanti. Adakah anak2 akan menziarah dan menyedekahkan alfatihah nanti, insyaallah, moga depa tak lupa. Kan ke telah diriwayatkan.
Apabila matinya anak Adam, tiada apa yang dapat memberinya kebaikan kecuali:
amalannya, ilmu yang dimanafaat dan doa anak yang soleh.

dalam pukui 11 pagi kami bertolak ke Sg Yan. Kali ni mak ngah dan pak long tak mai beraya di sini, jadi kami la yang pi menziarah depa pulak. Bukan ke Allah sayang kepada sesiapa yang menghulur tali silaturrahim? Bila sampai kami amik keduanya dan terus ke Guar Cempedak, ziarah kubur belah abah pulak. Rutin tetap kami.

kalau pi rumah mak ngah, sure mengantuk punya, jadi terlelap lah sat. dalam pukui 3 kami bertolak balik. singgah pula kat Pendang. pi rumah bakal mentua along....makan lagi nasi ayam....adoi rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. kami bincanglah sikit sebanyak pasai nak buat walimah tahun depan. Dapat lagi anak semaian pokok puding. maklum umi n bakal bisan ngam ....dia siap semai dah tunggu umi pi amik. insyaallah moga hubungan kami jernih selamanya...

Hari raya kedua, kami tak pi mana. Abah sakit gout lagi. Umi buat nasi lemak dan laksa. Kot2 sapa mai adalah hidangan kan....petang anak sedara dari Yan mai. rezeki depa la......umi pun makan lagi....rasanya naik badan tak sangga dah.tak leh jadi, lepas ni kena posa, kena posa kena posa. Kalau tidak badan naik, penyakit mai.

Insyaallah, esok kami akan ke Pulau Pinang. Percutian singkat sebab anak2 semua ada. Habit berjalan2 makan angin tetap menjadi rutin. selagi depa tak tinggai keluarga, selagi tu la abah bawa depa p jalan2.
Doakan kami selamat ye.

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya

Good day all/ assalamualaikum.

I want to wish all my beloved students a happy hari raya and happy holidays. 
Take care all.

Wednesday, October 9, 2013

Wednesday, October 2, 2013

ADIK N PMR





Today Adik, the last of the clan to sit for PMR has started her first paper and i pray that she will do fine.  She prepared for this exam, sacrificed her sleeping time, fought the ups and downs of life problems, controlled her emotions, took the challenge and finally, today she will have to prove that she too can be like others.........kami suma sayang Adik. Doa kami moga Adik berjaya.....AMIN.