Monday, April 15, 2013

Taman Harapan Umi

 Syukur, hujan dah mula turun. Tunggu apa lagi, mulakan proses penanaman semula selepas 3 bulan rumah dilanda debu pasir dan simen. Banyak pokok telah menerima padahnya. Terasa amat bersalah kerana mereka mati tanpa jagaan sempurna. Oleh itu, sekarang umi dah mula flex my fingers ..........
 
 Anak2 daisy yg disemai dah membesar dalam pasu....sukanya hati umi......pokok kerak nasi yg asal telah reput dan terkorban lalu diganti dengan species ini pulak.
 Pokok dalam tempayan tu adalah cetusan dari rumah aruah my sis-in-law di N9....moga ianya subur dan menjadi tanda ingatan umi kepadanya. Yg warna oren tu baru aje beli, dah galak berbunga, moga terus subur dan cantik.
Daisy lagi....my favourite flowers.......gemuk sebab dapat baca organik tahi ayam hehehe
 Pulau ini dihuni oleh keladi tinggalan aruah my sis pulak. dia amik kat mana i tak tau, tapi akan tetap umi jaga. dikelilingi oleh pakis, ros ( bunga kecil) dan ros jepun ( yg bunga pukui 10 tu )
 Ini satu lagi pulau yg diketui oleh bunga kertas. dikelilingi oleh ati-ati siam, bawang apa ntah, dan juga anak2 pokok yg disedekah oleh jiranku, Maksu Noni. La nampak gersang, tapi nanti rimbun sure cantik kan ( ayat perasan)
 Besi katil lama menjadi penaung kepada anak2 semain dan orkid yg lama tak pernah berbunga. Merajuk depa ni sebab umi tak kisah sangat. Umi kalau pokok yg manja, umi malas nak layan. Yg kat belakang tu adalah pokok bunga loceng ala-ala bunga raya yg diberi oleh Ustazah Nashitah. I jaga u.
 Satu2nya ixora yg umi tanam 15 tahun yg lalu, yg merajuk tak mau membesar dan berbunga
. Setelah dipujuk dgn baja, baulah ada keluar sikit...anak2 diapun dah ada kat bawah.


Ha ni gambaran selari di tepi pagar......bagi amatur macam umi ni, senario ni dah cantik sangat. Nanti umi cuti panjang, akan bertambah la ye.  Air terjun tak dan buat lagi ye.....sabar........