![]() | |
| MY MOOD....SOMETIMES....MOST OF THE TIME.........ALL THE TIME....... |
Wednesday, August 28, 2013
Wednesday, August 21, 2013
Pie Chart and Pak Chat
Now i am busy teaching students graph analysis ( report) a writing component that will be tested in MUET and also PSPM 1.....believe me...this is not an easy task...starting from understanding charts n the trends and the increase,decrease bla bla bla.....adoi very taxing. i really pity the students who have to learn this, something that i think not very applicable in life unless they are into business or related fields. Nevertheless, i guide them bit by bit, stressing that they must listen to me if they want to score high bands.So analysing PIE CHART is one of the exercises.....mentioning pie chart, i remembered this.
Serious part aside......actually i want to share one funny incident that i experienced in 1987... the first year of my teaching stint. It would be best told in BM if you want to get the joke....so here goes:
Bila umi mula menjawat jawatan guru di SM Tok Jalai, umi terkejut kerana umi berjumpa dengan bekas guru lukisan Ting 3 di SMJ dulu. Masa tu dia dah jadi Pengetua...semua orang kenai dia....dgn nama Pak Chat @ Cikgu Arshad. Tapi dia tak ingat la nama umi...maklum umi bukannya pelajar popular.
Masa balik dari sekolah, umi tumpang kereta cikgu Shaari ( bukan yg dalam masam-masam manis tu ye). Ada juga Cikgu yang umi pangge Kak Cik....so dalam perjalanan depa tanya la.....
" Yan kenai ke Pak Chat?"
Dengan konfidennya umi jawab: Kenai...selalu jumpa masa pi mengail........Ya Tuhan apa kena Pak Chat dengan memancing ni?....terus kedua cikgu tu terdiam....umi mula terfikir balik......alamak...umi ingat depa tanya ;PACAT......kalau pacat memang la selalu jumpa...kebetulan sebelum umi dapat surat tawaran mengajar,umi n abah selalu pi sungai kat Kpg Padang....kerja kami pi mancing....maklum baru balik Kanada, so lepas gian memancing....jumpa la PACAT......
So....dapat dak lawak tu? Tak dapat? Hmmmm tak pa la.....tapi bagi umi mmg lawak habis. so setiap kali mengajar PIE CHART, umi akan teringat kisah ini. Sekian adanya.
An Angry Mum
Anger sparks when the heart hurts
The hurt heart triggers more anger
The sorrow leads to anger
Angry and sorrow hurt the heart
The hurt heart triggers more anger
The sorrow leads to anger
Angry and sorrow hurt the heart
Apadia pulak dah. Umi dok merapu tengah malam buta ni. Ni bukan sebarang merapu tapi luahan hati yang terluka dan terkecewa kerana tak mampu menahan perasaan marah. Marah ini sebenarnya amat buruk, lebih buruk dari kain buruk...ianya membuatkan kita buta kepada orang, lupa kepada pengorbanan orang, lalu yang ada hanyalah sebuah ingatan lama, cemuhan rasa, herdikan melulu dan jelingan membisa.
Tapi, bila umi sedar akan akibat kemarahan itu, umi jadi sedih, kecewa kerana punya hati yang cukup lemah, akal yang amat cetek dan kesabaran yang amat dangkal. Lalu umi duduk sendiri, ditemani sebuah QURAN, menghayati ayat2 suci yang ALLAH kurniakan kepada . Terus umi sedar, marah itu hasutan syaitan, momokan iblis, maka umi terkedu seketika. Astagfirullahalazim. Lemah rupanya diri ini, alpa kiranya jiwa ini, lantas mudah sekali meledakkan perasaan yg menggila, lalu menghancurkan banyak hati, melemahkan banyak rasa.
Ampun, Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Memahami dan hanya Engkau yang Maha Melindungi.
Friday, August 16, 2013
Dah Tua Dah
Syukur kita masih diberikan Allah utk hidup. Menghayati Ramadhan dan menghiasi Syawal. Cuma kali ini, umi amat terasa akan kadar penurunan kesihatan yang kurang baik....tapi masih diperingkat boleh tahan lagi la. Bayangkan orang lain yang selalu sakit sana, sakit sini.
Umi sakit apa ni? Takda la serious sangat cuma sakit lutut aje....cecair ligamen dah kurang la tu, maklum dah nak masuk 5 series. Masalah utama apabila nak sujud...dulu lutut turun dulu, la kena stan tangan dulu, baru boleh balance. Hai sedarlah umi bahawa diri ini dah semakin lama, dah semakin berkarat, nak semakin jaded hehe.
Apapun yang paling umi sedar ialah, umi mula rasa sakit2 badan setelah pemergian mak....yang umi pasti, setelah tiada lagi doa mak utk umi. Dulu umi selalu minta mak doakan agar umi sihat, leh pi jaga mak. Aruah mak selalu kata dia memang sentiasa doakan umi....tapi sekarang......... tiada lagi.....hanya doa umi yang sering mengiringi mak.
Sekarang umi dah bestfren dgn VCO, Ostematric, Jaselin Oil, Vitamin B, dan ubat urat.......beratur aje hujung kepala. Tu tak termasuk yang kat ofis lagi......ni la yang dikatakan....dah tua...sedar diri ini. Tak payah nak guna ubat bagi muda, sebab memang tak akan muda. So, kenalah siapkan minda dan fizikal utk menghadapi ketentuan hidup ini.
Saturday, August 10, 2013
Aksi Beraya 2013
1 Syawal bersamaan 8/8/2013 adalah juga harijadi Ayish ke 8. Cantik nombor tu. See my hero in an orange suit. Even though others were paired with the same colour, Ayish remained loyal to this...He was the first to get ready.
While waiting for others to get ready, these 2 bro kidnapped Eman's motor and gave their brutal pose..brutal la sangat. sorang jeans, sorang lagi kain pelikat lalalala.
Umi pun mana leh kalah, joined Along and others....hai awat umi nampak gemuks saja ni? depa memang gitu...suka nak mengemukkkan umi yg sebenarnya ramping macam pinggang kerengga.
Ala tak yah la buat2 pendek Bob.....i know i am a shorty ...ni sapa photograper yg tak belajar cari angle yg sesuai dengan ketinggian umi...
Ni yg buat close close ni ada ape2 ke Eman. Duit raya taun ni 50% turun ye....duit bonus rm500 mana cukup utk hampa.....
This shot is also the same. Why do i look so kembang semangkuk and Atih kurus melidi. tak leh jadi ni.
Umi's pose with Mat Brutal who displayed 3 different style...one full suit, one jean suit, one kain pelikat.....ni la akibat kalau ada different taste...ikut suka hampa la......
Dont know why this one punye aksi amat tidak ensem sekali.....oh umi lupa Ayish sakit serawan gusi...2 biji sekali jadi so he had problem eating....tu yg mood terus moody...nak kata apa sakit giler ni. Nak beraya pun tak peraya.
Saja nak tunjuk the matching suit......Ayish ni buat kacau orang nak posing dua pun x leh.
Solat Eid was done at Masjid A'La, near my kampung. sengaja i pi sana..kot2 jumpa sedara yg dok di Kampung Padang, but since i sampai quite late, i just performed the solat outside ( by the corridor) and i did not recognize any one. After that we visited mak's and pak's graves...sedih sbb kali perama beraya tanpa keduanya.
These two doned blue suit.....oi very difficult to match this.
Along reluctantly followed Akak's choice of grey..but personally, i think they looked mature yet sweet...sulung katakan.
Atih and Eman chose velvet red ka pa....ni pun susah gak bagi kena betoi2......
This pair tak leh nak arah la pakai matching....Alin diehard pink, Ayish Mr Oren....so x sama langsung.
Finally, this is the whole snap of them.
Since kampung dah lengang, cuma my brother, cik Ani yang balik dari KL, kami semua pakat bertemu di rumah my other brother, Bang Zan...dah la adik beradik, pupu papat kami ramai, kami pun buatla tahlil kat aruah mak ( yg cukup 100 hari) ....ringkas tapi amat bermakna.
A new sister-in-law from Terengganu who came with my bro..first time she celebarated hariraya here.
The first hariraya was a busy affair. Umi x expect the relatives would come to my house after mak meninggal. rupanya lagi ramai. habih la juga 6 bungkuih bihun. Ni tetamu terakhir dari Pendang. At 11pm, umi tutup pintu.....
Syawal 2...as usual kami pi ziarah pusara tok and wan belah abah lak. sambe hantar pak long n mak ngah balik. Lunch at Pantai Murni sementara tunggu the men p solat jumaat.
4 ladies.
4 jejaka...awatla ayish jadi kejang pulak....ka dia takut depa nak hawin di ke laut......
Makan lagi....sodap tak sodap tak kisah, janji kami sentiasa bersama.

Syawal 3...sehari suntuk umi n anak2 berkampung di dapur...buat bihun sup....kawan anak2, kawan umi dan students abah mai.......sampai petang, umi dah tak sabar nak pi ziarah Pak Jang, one of the 2 sedara ma yang masih ada. Melihat Pak Jang terus terubat rindu pada aruah mak...umi dah tak ada makbapak...jadi hanya menumpang ngan sedara........
Tuesday, August 6, 2013
Bila Pak Kukuq Nyoq
Bila nak raya, umi paling ingat kisah aruah pak kukuq nyoq....awai pagi lagi dah dok bertenggek atas kukuq kayu yg dia buat sendiri.bukan sebiji tapi 5, 6 biji mak pelekuh pak. Tugas ni dah tetap jadi hak pak. Tapi pak steady saja. Sambe tahan telinga mak dok berletiaq apa tah....sesekali pak jawab ayat killer bagi mak.
Tapi sebelum tu, pak dah kayuh gerek p market jitra, beli daging nak buat gulai. Tiap kali wak balik, tiap kali tu la mak marah sebab beli daging liat....adoi..nak buat gena, bukan pak leh pi potong sendiri kan. Tapi yg umi geram orang yg juai tu la. Tengok orang tua hang bagila yg elok sikit....ni tidak.....
Mak masa tu sibuk dgn pulut, nak eron(masak) utk jadi isi ketupat palas. jgn tak tau, daun palas ni dah di jemur, dianyam dua tiga hari yg lalu. Umi tera la jugak pasai buka daun palas ni. Tapi bila time nak masukkan pulut, mak tak bagi punya...takut kotor, takut tak kejap, takut ikat tak betoi. so tugas umi hanyalah the lousy one....potong kepala ketupat yg panjang tu. itu aje. cuma bila mak dah tak nampak mata 6, 7 tahun yg lalu baru mak bagi sentuh. memang betoi, ketupat umi akan terenyih keluar.....tapi boleh la .........
Time tengahari baru siap ketupat. Then tugas pak la jaga api ketupat. Dok la kat luar...sure mengantuk punye. bila pak terlelap, hangit ketupat, kena lagi ngan mak, tapi pak tetap relax, control macho gitu.....then ketupat yang dah sejuk akan di ikat panjang dan di gantung di tengah dapur...yg pasti mesti ada setandan pisang emas padang yg kuning digantung bersama......oh nostalgia lagi.
Malam raya, mak akan hidang kat pak ketupat dan gulai....pak akan takbir ....umi akan main bunga api...mak akan terus sibuk basuh pinggan, gelas yg akan di gunakan hingga tengah malam. hairan...mak tak pernah suruh umi tolong....mak tau umi masih kecik dan hanya tau main......
La....yang tinggal hanya la rumah lama yang akan pasti menjadi medan perang mercun antara anak2 jiran. Tahun ni tak dak sapa nak larang depa lagi......kalau tidak mesti mak melenting marah. Tahun sudah mak sampai menangis sebab terkejut dgn dentuman kuat mercun depa. yg heran mak pak depa tak larang. Tambah yg anak2 polis....lagi sakan......Tahun ni hampa main la sampai lucut tangan, tak dak sapa nak larang. Hampa jgn bakaq rumah kami dah........Selamat tinggai Kpg Padang.
Monday, August 5, 2013
What's Cooking Ummi?
Hehe been a long time since i last cooked....dont know why this fasting month i become a lazy cook...just take my children to food court; Tesco, Merry Brown, Arabian Food Rest, Kuala Perlis and restaurants around Jitra. Baik punye mak.....But today i changed my mind and here's the results. Crabs Curry....abah's fav despite his gout but this is a rare treat....payah nak dapat ketam comel nowadays. (photo adopted from someone's blog)
Along and Akak hantu sambal petai udang so this is my second time prepared this for them....alamak gambaq sotong la pulak ( akibat copy paste ikut suka hati)The smell aside, this dish could make us eat and eat until the rice pot is empty....buruk sungguh no...but we like this a lot,nak buat gena....they will clean the washroom after all..............okk get the fabuloso or whatever cleaner fast.
Third, i also made this for those who can't stand the spicy food, namely Bob, Alin and Ayish....easily done and smell mengancam too. Hope our iftar today is blessed with air tangan umi.....terkenan dgn iklan radio.....
hey hey, dont forget another one of my specialities......cucuq jagung minus udang ( used for sambal oredi)...now chilling in the fridge before i fry them at 7 later....Hmmmm this is me...when i start cooking, i will prepare quite a lot, if i am lazy, i just EAT a lot..............fair right?
Happy iftar everyone......sad to say bye-bye to Ramadhan....i change in many aspects during this Holy Month. I pray Allah will accept our deeds and blessed us with rewards.......Maha Suci Allah.
Friday, August 2, 2013
Raya Dulu Dulu
Dah 24 Ramadhan hari ini dan hariraya semakin dekat. Ntah kenapa hati umi tak berapa semangat sangat tahun ni. Mungkin sebab kali ini kami semua dah tak dak kampung nak balik. Anak2 dah tak boleh kutip duit raya. Tetamupun mungkin tak ada nak datang. Kakak abang yang jauh tak akan balik lagi. Umipun tak mau kata apa sebab dulu bila aruah mak ada, umi memang suka paksa depa balik tapi sekarang no more.
Kali n umi nak cerita sikit pasai persiapan raya masa umi kecik monei dulu. memang best..tapi tak le giler. Abang2 umi akan sibuk pasang pelita minyak tanah sepanjang lorong depan rumah....tambah lampu lip-lap lagi....then kami semua main aci sembunyi dan aci ligan. habih masuk sorok bawah rumah orang...hairan tak ada la rasa takut pulak, sebab kami percaya hidup2 yg bulan posa mana ada hantusyaitan....so kami bebas nak pi mana pun. satu kampung kami round...naik gerek....
Malam terakhir ramadhan pulak, tugas umi dan sepupu ialah pi rumah aruah Long ( Tok Guru Quran)...zaman dulu orang kampung bagi beras fitrah kat tok guru...memang banyak Long dapat. cash pun dapat. Jadi kami anak2 dara ni kenala siap bancuh ayaq bagi kat tetamu. Kuih boh dalam talam besar (dulang) dan hidang.....letih la sebab tetamu Long memang ramai. Semua bekas students yang dari kecik sampai yg beranak pinak masih mai meraikan tok guru depa. Begitu setia dan hormatnya orang dulu kepada cikgu. Zaman la.....payah la nak pi...nak hantaq sms pun jarang......tu nak tunjuk berkat tak berkat orang dulu mengaji.
Beras fitrah kami bagi sendiri kat Long. Tiap2 tahun dia akan ajar lafaznya.....Ini beras fitrah saya yang wajib saya nak bagi kat Long.......gitula....now semua urusan fitrah akan dibayar oleh abah kepada amil ataupun pejabat zakat.....senang sangat....tapi tak ada feeling.......
Baju raya umi? Yang ni aruah Cik, my sis yang uruskan. Beli kain dan upah Mak Teh Pah ataupun Ayang cina kampung tu...beli kain punyala rohsia tak mau tunjuk kat sepupu....depapun sama juga. sembunyi rapat chit. Bila raya baru leh tengok.....dulu hariraya baru dapat baju kurung. la sekali pi Jackel beli 5,6 pasang....tak ada thrill dah ....baju raya ngan baju pi kerja serupa saja dibalunnya.
Pagi raya? Kami tak beropa pi semayang raya.Yang penting ligan duit raya dulu...dari rumah ke rumah.bagi salam dan hulur tangan. beropa depa bagi? jangan gelak na......5 sen, 10, 20 paling mahai....tu pun rumah tok penghulu....agaknya la....rm2.00 la.......punya la letih berkawad, duit cuma dapat tak sampai rm10....tapi kami dah best sangat....simpan dalam sapu tangan....oh amat nostalgic sapu tangan tola itu.......
Waktu petang buat apa? Melangut tengok tv cerita melayu....cerita pahlawan melayu la....rumah sepupu umi yang kaya kat hujung kampung tu jadi sasaran..seronok tak terkata. Radio pulak dok putaq lagu Allahyarham P. Ramlee la......Bila Bedok Bergema....memang meremang suka kami dengaq...sampai la pun lagu2 seangkatan dgn beliau memang berhantu........
Ziarah kubuq? Tidak menjadi tradisi keluarga. Yang akan pi cuma aruah Pak saja. Kami tak dibenarkan.Tak tau la pasai apa....jauh kot nak naik basikal bawa kami semua.....la ni pecut sat saja tau2 dah sampai. Sebab tu umi tak tau tang mana kubur tok dan tok wan.....tapi bila pi la ni umi doakan utk semua la kan.
Gitulahh sedikit sebanyak cerita raya masa dulu. Meriah dalam sederhana tapi jiwa rasa gembira macam nak pecah dada......tak tau nak habaq betapa sukanya beraya. Now dah tua ni, bagi peluang kat anak2 la......
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)