Tuesday, September 8, 2009

sedar sebelum terlambat

Sesekali umi termenung panjang, minda berlegar-legar menyoal diri sendiri , merenung kehidupan yang penuh dugaan ini....tersentak dari lamunan terus tersedar bahawa selama ini umi lalai dan alpa bahawa dalam usia 45 tahun ini, Allah telah memberikan umi sebuah kehidupan yang amat baik,lengkap, bahagia, gumbira dan segala yang baik-baik belaka.

Sekarang, bila diuji sedikit sahaja, umi sudah keluh-kesah, hilang sabar dan muram. umi lalai sebenarnya, umi tidak muhasabah diri bahawa apa yang diberi Allah adalah sedikit sahaja. ramai lagi orang yg mengalami masalah yg lebih sukar untuk diselesaikan. umi akur Allah lebih
Mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan...UMI SEDAR, UMI SEDAR, UMI SEDAR....Ampun.......

kereta baru

sketsa 1: petang kelmarin semasa pulang dari kerja dipandu oleh along.

Umi : nanti along dah kerja, along nak beli kereta apa?
Along : kereta macam ni la ( Kembara ).
Umi : kalau camtu, along amik sajalah kereta ni. He3x. umi nak kereta baru.
Along : Umi nak kereta apa?
Umi : Hmmmmmm...umi nak Honda CRV....lama dah dok angan.
Along : brapa ribu, umi?
Umi : mahai la...umi pun tak tau....
Along : (senyap lama. dok pikiak leh ke nanti nak beli satu kat umi)
Umi : (Leh ke along beli ni. I must be dreaming)

Kembara terus meluncur ke Jitra....umi mengantuk sebab tak pegang stereng........Along dgn gumbiranya mengemudi kereta buruk umi sampai rumah. Alhamdulillah.....