Sunday, November 14, 2010

sampainya hatimu

Hari ini umi lewat sikit pi rumah tok. letih rasanya, sakit kaki masih terasa, apatah lagi umi baru siap bukan cucur jagung udang, kegemaran abah. ingat hati malas nak pi, tapi memikirkan tok dok tunggu, umi ajak atih pi juga. singgah beli pisang n sampai elok2 azan maghrib.
umi masakkan tok pejeri terung, umi tau umi bukannya pandai sgt tapi kesihankan tok, umi buat juga. nanti liza tak susah-susah,kesian diapun sibuk ngan urusan seharian.

8 mlm, kami ke Aneka, atih nak beli peralatan utk SPM dia minggu depan. pastu rasa lapar, terus ke medan makan di Tmn Mahsuri, sekali terduduk di tempat orang makan roti nan, capati n tandoori...atih punya pasai la..terkena order 1 set; tu dia mai satu roti nan, sepaha ayam tandoori, kuah dal, dll....tergeliat juga nak habiskan sebab banyak sangat...kami bukan jenis makan ala mamak arab ni....

dalam perjalanan balik, atih tercerita ada sorang sedara kami yg mana tak tau, kata umi tu jaga tok sebab nak amik harta......adui berdesing tayar kembara....apa dia ingat umi lagu tu ka....never in my life i have ever thought about harta..what important is berbakti kepada ibu selagi dia ada, kerana itu memang tanggungjawab. apalah nak direbutkan harta yg tak seberapa, bukannya seperti 3 Abdul yg ada harta di Khazastan, pakistan, turkistan, gohead gostan....

kecik hati umi bila fikir tentang ini. depa mana tau susah payah umi setiap hari pi tengok tok, sampai anak2 terabai, makan minum abah terbengkalai...mujur depa faham. itupun setiap saat umi duduk dlm perasaan amat bersalah, yg disana mengharap, yg disini tertiarap...depa tau ke.

yg sebenarnya, cuma ada dua tiga orang saja yang amik berat hal tok..yg lain cuma jenguk sekali sekala, talipon tanya khabar jauh sekali....pandai2 buat assumption. cuba depa mai tengok apa keperluan tok, sunyi hati tok, resah gelisah tok..ini tidak. seolah2 tok tak ada saudara-mara yang amik berat.

umi tidak pernah mengharapkan harta, yg ada ni pun tak dan nak kisah..rumah sedepa pun tak dan nak kemas, inikan pulak dok nak amik harta tok........malu la anak macam ni. apa yg umi selalu harapkan hanyalah doa ikhlas tok kepada umi anak-beranak, supaya hidup kami diberkati. tanpa doa tok, siapalah umi.......ada faham?