Pejam celik, dah 4 hari kita semua berada dalam tahun baru 2013. mesti semua sibuk menyibuk diri dgn sekolah, kerja dan kehidupan.
Umi macam biasa la, first day of school dah tercegat dipintu bilik kelas ayish, dah masuk tahun 2 anak bongsu umi ni. dah tak kisah sangat.pandai bawa diri, walaupun masih balik dok komplen dia tak dak kawan lelaki. pasai apa umipun tak tau. alih2 dia kata, depa tak mau kawan dgn dia sebab dia ensem sangat.......pandai dia bagi alasan yg nak menyejukan diri sendiri.
Alin dah masuk tahun 4, dah wak balik banyak homework, tapi fokus tetap pada game...adoi payah nak kontrol sebab depa balik sekolah, umi dan abah tak dak lagi. kali ni kena hantaq dia pi KAFA....
Adik pulak dah Ting.3....sure sibuk nak ambik PMR. harap2 dia berubah utk buat persediaan awai, jangan nanti nak exam baru nak pulun. tapi yg dok nampak hari2 dia pulun tiduq saja.........
Eman pulak jadi penunggu rumah, ambil alih tugas dari kakak2 dan abang2 .sapa tunggu spm mesti kena amik tugas jaga rumah n tok....ala bukan free, umi tetap bagi saguhati....
Dek kerana rumah pun masih kucar-kacir, umi pejam mata aje tengok. tak tau nak kemas kat mana, ingat buat rumah ni cepat, tapi slownya....maklum misai tu nak buat yg sempurna...mmg boleh ambik pelajaran dari dia. seorang Cina yg cukup dedicated. malu pulak tengok dia leh kerja dari awai pagi sampai petang. kkdang makan pun dia miss sebab nak bagi siap kerja. harap kat indon.....depa nak duit saja.....
umi masih belum ada perancangan tetap ttg warna dan perabut yg nak guna. tgk belanjawan la kan. yg patut padan la...ini macam fasa kedua dlm seni perhiasan rumah. yg dulu umi dah puas cat sana, tempek sini, now nak yg lapang pulak. no serabut with all non-perlu furniture.....
Rasanya dalam 2 minggu lagi siap la kot. barula adegan cuci bermula. mujur atih n bob cuti sem. hope tak susahkan depa nak tolong. lagipun bilik depa kan....pandai2 la depa kemaih. bilik umi macam tu juga la.....janji leh tidur sudah.....malaih dah nak berwallpaper ni.....umi ni jenih tak taat pada satu warna, tu yg payah. terlebih creative dari orang....
Apapun, moga 2013 membawa sinar kebahagiaan, kesempurnaan iman, keamanan dan kejayaan,insyaallah.