Tuesday, May 12, 2009

SELASA yang syahdu


Hari ini memang syahdu sewaktu majlis mentor mentee pelajar baru KMK. semasa video clip mengenai pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu ditayangkan, ramai pelajar dan pensyarah menangis ....terkenang betapa jasa ibu memang tidak dapat dinilai ganti.

ummipun turut sedih tapi x leh la nak tunjuk nanti terlampau-lampau pulak....belagak selambe aje.....pas tu check henset. terus ada mesej dari akak (dia pun tengok juga)

ummi....i always love u.......

ha tau pun dia.......memang ummi ni kerap pot pet tapi suma sebab nak bagi anak jadi baik.mana ada ibu yg nak tengok anak jadi sebaliknya. sekarang akak dalam proses penyesuaian diri utk menjadi seorang yg lebih matang dan bertanggungjawab. setidak2nya akak bertuah kerana umi ada di kolej utk membantu....bayangkan students lain yg terpaksa tinggalkan keluarga jauh di kampung, tentu nya mereka merasakan amat sayu, rindu kepada keluarga.

seboleh mungkin ummi takk, mau ganggu akak, biar dia belajar mengenal dunia sendiri. sebelum ni dia tak ada pengalaman tinggal jauh dari keluarga. so kalau dia berfikiran positif, dia akan berjaya.

tadi pun dia kata dia dah main bola jaring waktu riadah pagi.itu memang passion dia so sure dia enjoy main. kalau dia happy, hope dia happy belajar juga.itu harapan umi.

sama-samalah kita doakan kejayaan akak sebagai mengikut langkah along dan sebagai penambah semangat kepada adik2 lain.

bila akak tiada, memang rasa sunyi. tak sama sunyi masa akak dok ngan tok. bila umi masuk bilik, tengok baju2 akak, rasa sayu lak.....seorang lagi anak umi dah pergi.....yg tinggal hanya baju.

apapun umi pasrah......ini baru permulaan kepada banyak lagi pemergian.......