Monday, July 9, 2012

Jom Mengaji Al Quran

Assalamualaikum sahabat semua,

Malam ni umi berpeluang mendengar bacaan qari dan qariah dalam Tilawah Al Quran Antarabangsa. Subhanallah dah 54 tahun kita berjaya menjadi tuan rumah kepada majlis mulia ini. Sejenak, ingatan umi juga  terbayang kembali ke suatu masa dulu, ye la, masa umi kecik2 dulu.

Kalau zaman umi kecik comel dulu, majlis ini diadakan dalam bulan Ramadhan, entah mungkin masatu, penganju rpun masih tak terfikir betapa pentingya bersolat tarawih pd malam2 bulan Ramadhan. Kamipun tumpang sekaki. siap dok makan cucuq baki buka posa lagi. dan yg buatkan umi pun rasa amat jahil ialah, bilamana seseorang qari tu penaik suara sikit, maka bergemalah Stadium Merdeka dengan teriakan Allah, Allah......maklum, penonton tak faham maksud bacaan, jadi pantang lagu naik sikit, depapun naik syeh juga.  Alhamdulillah sekarang dah banyak berubah, pengalun suarapun semakin baik, penonton amat tertib.....moga dirahmati setiap warga yang berusaha agar majlis ini berjaya dihayati oleh semua penonton Islam seluruh dunia.

Umi juga terpanggil utk bercerita pengalaman umi belajar Al Quran dengan aruah Long ( Hjh Rahmah bt Lebai Idris) iaitu kakak tok sendiri. Moga Allah Merahmati beliau, seorang janda tanpa anak yang menghabiskan seluruh hidupnya dgn mengajar Al Quran di Kampung Padang. Pendekata semua anak2 kampung kami dan Kampung Teluk Nibung adalah anak2 didik beliau.

Umi mula belajar semenjak umur 6 tahun. dulu tak macam la...setahun belajar mukaddam, umi dah naik Quran. Umi ni agak terang hati jugala....( ayat penaik diri)...so umi jadi ala assistant Long....umi ajar kkwan mukaddam....tapi sebelum tu, sure kena baca depan Long dulu.....sekali dia pangge keliling dia ada dalam 5 orang. Walaupun mata dia tak tengok kita baca, tapi kalau silap sebut saja, siap kena. rotan dia mana ada sapa berani sentuh, terselit tepi dinding buloh......bila Long mula tanya hukum saja, menggeletar lutut kami. umi ni takat hukum yg lima tu tau la....bila dia mula tanya yang Mad2 tu, mula nak merapu...maklum takat hafal tanpa tau makna. tak sama seperti budak2 la yg berpeluang belajar KAFA.

Namun, jasa aruah Long sangat banyak.  Kami anak2 sedara dianggap macam anak sendiri. lepas belajar, turun menaksah (madrasah/ surau), kami kena pi tolong tumbuk padi ke, tepung ke.....dia siap buat antan atau alu yg kecik saiz kami. melecaq habih tangan kalau tak reti nak buat...then kena titik bedak sejuk pulak...semua kena sama saiz, kecik comel saja, kalau besar sikit, dia sirim....hai bila teringat nak tergelak, tapi itulah kemahiran yg tak semua dapat. tu tak termasuk tolong dia cabut rumput bawah rumah dia yg cuci calat. pastu dapatlah habuan makan nasi lauk gulai ikan temenung yg umi rasa tak dak sapa yg leh lawan kesedapan dia.simple tapi harumnya.....tak terucap.....

Dari aruah jugalah, umi belajar sifat 20...siap dengan pecahan dia. umi sampai amik upah tulis buku buat semua pelajar dia....setiap hari, kena hafal dulu baru boleh baca Quran.....syukur umi leh ingat...ketua katakan, mesti kena memori yg power...pendekata aruah Longla guru KAFA kami yg tak bergaji. ikut suka sapa nak bagi.tapi dia memang murah rezeki. Setiap hariraya, rumah dia penuh dgn beras fitrah dan duit belambak, yg sudah semestinya menjadi habuan umi gak....maklum, umi dan sepupu, Shahrin, Shakiroh jadi tukang buat air bila orang mai hantar beras fitrah pada malam raya.

Aruah Long meninggal lebihkurang 5 tahun yang lalu. dalam tempuh 5 bulan dia sakit, kami semua sepupu amik giliran jaga dia. Itu memang rezeki dia walaupun tak ada anak. Memang itulah keberkatan menjadi guru al Quran. Masa kami mandikan aruah buat kali terakhir, kami sepupu memang sedih sangat. tiada lagi senda-gurau kami mengusik Long.....memang itu kenangan yang mungkin umi tak dapat lupakan.

Kali terakhir umi belajar Quran ialah masa umur umi 12 tahun, bayangkan dah lama tak belajar. harap apa yg  Long ajar saja. Lalu baru-baru ni umi pun join kursus Celik Al Quran anjuran Unit Pendidikan Islam kolej. depa jemput Syeikh Khudri, yang selalu dok ajar orang baca quran dalam radio Kedahfm tu......dia cuma ajar cara nak sebut huruf dan sifat2 huruf.....hai rasa amat jauh kejahilan kami...umi rasa amat teruja nak belajar dengan lebih lanjut lagi. Insyaallah akan sampai masanya.......tilawah AlQuran malam ini amat menggamit kenangan........Jum Kita Celik Al Quran!