Tuesday, May 10, 2011

Anggap Ini Rezeki

Kita ni kalau orang sebut rezeki, sure kita fikir akan duit, kekayaan, anak2, kerja yg baik, hadiah dan semua yg best belaka. tapi harus barang diingat, bahwa Allah Ar Razzak ( betui ke ni) juga memberi kita rezeki dalam bentuk yg lain, kesusahan, dugaan yg berat, masalah, kematian, kesakitan dan segala yg kita yg jahil ni cuba secuba-cubanya utk mengelak, sebab dangkalnya fikiran kita ( AI LEH GANTI UST.NASHITAH NI).

Tetapi bila kita tilik, kita renung dlm2, kita imbau, kita muhasabah diri, insyallah, kita akan terasa bahawa oh, segala yg kita hadapi adlah satu anugerah yg tak ternilai rupanya. cuma org2 yg terpilih sahaja yg akan  mendapat penghormatan ini. ye lah nak dapat yg baik, mana boleh senang kan.

umi kena bagi contoh la supaya clear sikit.
Bila umi fikirkan, tentang kehidupan tok setelah aruah tok wan meninggal, jelas kelihatan tanpa hijab lagi bahawa tok dan anak2 dan cucu2 sedang diuji oleh Allah. Tetapi dalam ujian ini, sebenarnya banyak kelebihan dan kemudahan yg diberi. contohnya, bila aruah tok wan tak dak, tok ditemani oleh Cucu dan cicit, Ibun, Liza, Pan dan Puteri. depala yg dok teman tok ,ish lamalah rasanya. pas tu tok selang2 dok rumah umi dan pak ndak, agak2 5 bulan, pas tu tok nak balik rumah dia sendiri sebab dia penat. apapun biar dia dok di rumah dia. maka bermula lah episod gilir2 antara Ita, Teh Toh, Liza teman tok .

pastu tetiba Aruah pak lang offer nak jaga tok, dia juga nak berbakti pada tok. selama setahun dia teman tok dan dgn izin Allah, dia pergi buat selama-lamanya. Kami amat sedih kerana pak lang amat baik. dan kami percaya, dia telah melakukan amalan yg terbaik dlm hidupnya dgn menjaga tok.

Selepas itu, mulalah giliran umi, anak2 dan pak ndak pulak. umi tidur selama 5 malam ( ditemani anak2 dan bergilir) dan pak ndak 2 malam. ini berterusan semenjak Okt 2010 hingga  saat ni. Ini bermakna, selama lebih kurang 3 tahun tok wan tak ada, tok tak pernah ditinggalkan kesaorangan. ini contoh rezeki dia.

dan bagi umi pulak, rezeki umi beranak 8 ialah, anak2 umi sentiasa ada utk menemani umi menemani tok, maklum rumah tok amat sunyi pd waktu malam, seakan2 kehidupan terhenti kerana suasana kampung tok sunyi, so kalau dok sorang2, mati kutu la jawabnya. hidup kami ditemani laptop, dan buku.( tak lupa juga leteran dan cerita hikayat tok). Dari tahun sudah, Atih yg teman sebab  dia tunggu SPM. Then , Bob pulak balik cuti dari Feb hingga Jun. 2 minggu lagi Atih akan ke KMK( minta sedia ye pensyarah ekon, akaun, perniagaan, tolonglah, bantulah anak kak yan). seelok atih nak pi, Akak pulak, cuti sampai September. Dipertengahan Julai pulak, insyaallah Along akan balik. jadi circle penjagaan  tok tak terganggu langsung. ini juga rezeki namanya. bayangkan kalau depa tak dak, mau pusing umi dan abah.

Dan sekarang ada satu lagi rezeki yg Allah bagi kepada keluarga umi, terutama abah.  Kakak abah, mak ngah disahkan ada ketumbuhan rahim, pemeriksaan darah telah dijalankan dan kemungkinan dia dibedah adalah besar. Jadi sekarang abah ulang alik ambik mak ngah dan juga pak long ambik, bawa pi hospital, hantar balik ke Yan dan amik balik sebulan selepas itu. Lepas ini kemungkinan mereka akan menetap di rumah kami. so bayangkan, rutin kami yg amat caca merba, siut sana, siut sini, ini amat  meletihkan tetapi kena juga dilaksanakan kerana ini rezeki. memang susah, memang mendugakan. 

Bila difikirkan, memang dah tersurat ketentuan ini, tak boleh elak, tak boleh berdeuh(tak mau) sebab kalau tak mau, maknanya tak mau rezeki yg Allah nak bagi. secara jujurnya, segala ini membuatkan umi amat keliru dan terharu. Umi takut umi tak kuat utk menghadapinya. umipun sekarang selalu letih dan sakit2 badan, umi amat berdoa agar umi kuat,, insyaallah dgn pertolongan dan doa  semua. umi juga mohon dikuatkan iman, dipermudahkan segala urusan supaya umi dapat mendapat kemanisan rezeki ini.