Salam,
Kali ni nak tulih dalam bahasa Jerman lak, baru laju sikit cerita. nak tunaikan janji ngan ex-student minta cerita kehidupan umi di Kanada dulu...jauh no umi pi merantau...rezeki dapat selepas SPM. Sekali teringat, memang umi jarang ( ke tak pernah) story kat anak2....entahlah rasa macam depa pun dok ada di sana gak masa tu.
Nak mula kat mana ni? Well, masa sampai ke Kingston la...sebuah wilayah di Kanada...yang dekat dgn Tasik Ontario yg umi belajar masa form 5 dulu. tetiba teringat pulak .masa time Geografi, cikgu nama dia Mr Charanjit Singh ada kata: Suatu hari nanti kamu akan ke Kanada, boleh melawat Tasik-tasik besar di sana...kami jebeh ( aksi mengerotkan mulut) saja sebab kami rasa memang tak mungkin ala mustahil kami dapat pi sana...masa tu Alor Setar pun mak tak lepaih pi lagi...inikan nun jauh di sinun..terbalik dunia.
Tapi, inilah berkat mulut cikgu ( hangpa jgn buat main..doa cikgu mujarab tau), dapat juga anak Kg Padang ni sampai ke sana. Bila dok tepi tasik Ontario, mmg teringat kata2 cikgu tu.....
Sebaik turun kapai terbang di Toronto, mulalah terasa angin yg sangat sejuk menyapa ( 1 Sept 1982)...kami seramai 50 orang agak2 student Malaysia, rasa perak semacam la....masa tu end summer so suhu dah agak sejuk, nak masuk spring. MSD bawa kami ngan bas sampai ke Kingston. tak ingat dah berapa jam.
Elok sampai ....bas stop di depan shopping centre Loblaws(banyak cerita menarik kat sini) rasanya......ramailah ibubapa angkat (foster parents) mai ambik anak2 Melayu depa.....malangnya bapa angkat kami tak mai jenguk muka. Aa ( Saleha), Mus ( Muslimah) dan umi kenalah tiduq kat sebuah inn dulu...apa nama dia tak ingat dah...ramailah lagi kkwan yg bersempit kat situ.
Next day barulah Mr James Strong mai ( kami 3 orang dipangge Strong's Girls)...wak balik rumah dia di 222, Auden Park Drive...kawasan township....rupa-rupanya dia dah berpisah dgn isteri dia. Adui...kami dok kat basement saja...tapi uncle James mmg baik....bila first snow turun, dia cepat-cepat call kami keluar rumah...ingat lagi dia pangge Yen, come out and take a look at the snow...umi n Aa n Mus pun dressed warmly...siap dgn bot tinggi lagi keluar tengok snow turun. uncle James gelak sakan tgk kami bungkus macam hantu. dia relax saja pakai jeans and shirt.....hehehe...malunya.....jgn gelak la. sapapun akan jadi macam umi bila first time tgk snow. Malaysia mana ada.....Maka bermulalah kehidupan kami sebagai pelajar Grade 13 ( macam form 6)LCVI (Loyalist Collegiate and Vocational Institute).Yang paling umi ingat ialah Mrs Weisberg dan Mr Potter...yg lain tu boleh la.
Sebenarnya memang umi amat terasa homesick selama 3 bulan kat sana...maklum anak mak tak pernah berenggang...kkwan depa besa dok asrama so ok la. Macam2 berlaku yg membuka mata umi kepada erti sebuah kehidupan, erti persahabatan, erti berdikari dsb....
Yg paling sedih bila kena beraya di sana. Bila dgr takbir ( mmg depa saja bawa tape ni) nangis, dengar lagu raya Sudirman, nangis.Tapi dalam dok sedih tu, nak tergelak juga sebab umi tak leh pakai baju raya yang mak hantar.....besaq gedabak...saiz XL...ye la nak salahkan mak pun tak boleh sebab gambar2 yg umi hantar semua bersaiz besar, pakai baju 2, 3 lapis so mmg nampak sangat kechubbyan umi......
Raya di sambut di rumah jiran keturunan Mesir ( Sohail and Hatem) dan rumah Ennas ( anak tok arab yg sangat baik). Mmg rumah Sohail yg menjadi tumpuan umi sebab ada Kak Long, Aza dan Zam...banyak sejarah pahit manis kat rumah ni.....budaya berbeza mmg amat confusing.......tapi their food....heavenly good.
Dah la kot kali ni.lain kali umi sambung lagi. itupun kalau ada orang nak bacalah....if not biarlah ianya menjadi satu lipatan sejarah.