Monday, June 11, 2012

Virgin Coconut Oil

Salam,

Kali ni entry umi ialah utk mempromosi secara sukarela akan kebaikan virgin coconut oil yang umi dah mula makan sebulan yang lalu.  Umi ni sebenarnya jenis yg susah nak percaya akan apa2 kebaikan ubat atau supplement yang disyorkan oleh sesiapa saja. Umi suka yg semulajadi.
Namun begitu, kali ini umi amat teruja mencuba softgel VCO(juga semulajadi,minyak nyok saja) ni kerana beberapa sebab yang telah meng-convince umi . Antaranya ialah:

1. Ada seorang ex-student umi yang 3 tahun lepas datang melawat umi. Apa yg amat mengejutkan umi ialah, bila umi tengok muka dia amat licin...besala licin kan. tapi u all kena tau bahawa dulu masa dia jadi student kat kolej, muka dia ada satu selaput hitam yang amat ketara, jadi muka dia yang comel sebenarnya telah terlindung. dia juga seorang yang pendiam dalam kelas. Menakjubkan, bila dia beritau umi yg dia dok guna VGO.  Memang umi percaya habis sebab effect dia memang baik. Now dia sedang buat forensik di UKM. Very confident ......

2. Lagi pulak, ada seorang kawan umi yang telah menjalani pembedahan di perut, dan dia juga menceritakan mengenai kebaikan penggunaan VCO ni. dia syorkan pada umi utk cuba. parut di perut dia dah clear.Bayangkan 2 kali dia kena bedah dan syukur sekarang dia dah ok.

3. Ada lagi seorang kawan India yang minta umi tolong beli VCO ni. Umi kebetulan selalu nampak benda ni di market Jitra. Ada seorang pak cik juai bawang yg letak benda ni. Dia kata, kawan dia baru kena accident, dan dia sapu gel ni, dalam seminggu dah ok. So umi pun ingat nak cuba. Sambe tu tolong beli kat kawan. Harga kat pasaran ialah rm39, tapi sebab umi ni peramah, sambe beli bawang, sambe mengecek harga ubat, dapatlah murah sikit. So far, umi dah beli 7 botol....

Apa kesan dia ye? Well, i am not getting any younger and to look young is impossible. tapi yg umi sedar, la muka umi tak rasa kering lagi....kira lembut gitu....tapi tak la terus putih serelah macam orang putih.  Minyak ni memang pelembab yg jadi sunscreen....or sunblock.....sebab tu ramai orang India di Kerala guna minyak ni. ( Ini kata kawan keturunan India).....

Selain itu, oil ni baik utk pelawasan, perampingan, pelembapan, pengawal sel kanser dan banyak pe... lagi la. kalau sapa nak tau, google aje VCO, semua info ada.

Maaf ye...gambar tak leh upload....cari sendiri le

No comments: