Friday, April 5, 2013

Petua Nak Awet Muda

Apa pulak ni? awat tajuk belain sangat kali ni?
Awat tak cukup muda ke, nak muda lagi. kalau umur dah tua, tu buatla camna pun tetap tua.  Betoila tapi ada juga orang yang dah tua, namun, nampak muda saja. Apa petuanya? Mai kita baca, kot2 boleh diamalkan mana2 yang sesuai.

1. Kat tempat kerja umi , ada seorang pak cik yg dok mai deliver newspaper tiap hari. Kadang2 kelek majalah lagi. So umi tanya la: Pak cik ni kuat no. Pak cik pun jawab: dah berpuluh2 taun pak cik buat benda ni. Alah bisa tegal biasa. Apa petua pak cik? Gini jawapanya:

 i. Kita kena berbaik dengan semua orang....umi senyum sambe kata ayat penaik diri: Saya memang baik pak cik....
ii. Kena senyum selalu. Ai umi ni memang terkenal dgn senyuman...hahaha.....
iii. Kena selalu gembira. Hah kena dah...umi memang sentiasa gumbira walaupun hati pedih merana....
terima kasih Pak Cik kerana telah menjadikan hidup kami ceria dgn petua2nya.....patutlah dia pun kawin isteri muda, mau tak ceria.

2.  Orang kata, kalau kita ada anak ramai, kita akan nampak muda, sebabnya kita kerap mengeluarkan darah2 yang kotor apabila bersalin. jadi darah yg kita cycle tu semua yg fresh gitu. Entahlah, maybe ada kebenarannya. Kena tanya doktor pakar kalau nak tau lebih lagi ye.

3. Satu lagi petua.  Kalau kita ada apa-apa yang diarah buat, jangan dok ghoplah(kalut) semacam. Buat setakat yang kita mampu, bukan buat untuk mengampu.  Kena relax dan fikirkan secara diam. Buat perancangan di dalam hati, tuliskan di buku nota dan setkan jangkamasa utk nak selesaikan kerja. baru tak kelam kabut.  Tok sah dok canang satu dunia kita kena buat itu, ini. Nanti orang lain pakat dok pening sebab kita. Cuma......kalau tak tau sangat nak buat camna, barula tanya pendapat kawan......ha senangkan?

4.  Sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan serah sepenuhnya diri kita kepada Allah. Kalau kita strong, muscle tara mana pun, kalau Allah tak Restu, tak leh buat apa. Tapi kita kena betoi2 harapkan pertolongan Allah sebab kita ni siapa? Insyaallah, akan senang kerja kita....hatipun jadi tenang, urusan kita berjaya dilaksanakan..namun begitu, jangan la dok berdoa saja kalau tak berusaha......tu salah......

5. Ha, yang ni ramai yang tak mampu buat sebab dalam hati ada satu penyakit riya', ego tahap gaban, rasa diri besaq tong dram.....apa dia? Ia ialah sikap meminta maaf kalau ada buat kesalahan.  Memang payah kan? Ha sebab tu kita nampak tua, sebab dahi kita dok berkerut tahan perasaan marah, geram, tak ngaku salah, besaq kepala dan penyakit hati yg seangkatan dengannya. Selagi kita tak berlembut dan memohon maaf ( walaupun kkdg kita x bersalah) selagi itulah muka kita akan nampak mesghoi ( masam berkedut macam asam noi) sangat. Tu sampai bilapun x nampak muda. Cubala kalau tak percaya.

Ha cukuplah setakat 5 ini. Umi memang suka guna no. ganjil sebab ganjil adalah pilihan Allah, kan gitu?
Hapai dan amalkan 5 ini, insyaallah, hidup kita akan sentiasa rasa muda, tapi tua dengan pengalaman. Sekian