Hidup ini hanya pinjaman, kita cuma dapat merancang, tapi ALLAH yang Maha Mengetahui akan apa yang akan terjadi. Inilah kisah yang terjadi kepada keluarga umi dalam masa 24 jam bermula 9-10 Ogos 2012
4.30 pagi: Along n umi balik dari rumah tok. Umi buat nasi goreng sempoi aje...umi pasang radio dgr
ceramah,then dgr ada bacground music yg sama ngan ringtone henset...ai apa ni IKIM pun ada
lagu irama melayu. Sekali umi tersedar, oh itu bunyi enset umi. terus angkat:
5.00pagi Pemanggil: Ni Cik ani( my bro)....kak Wati( my sis in law) hang dah tak dak...........
Umi : Hah?...pasai apa? dia sakit ke?
Cik Ani : Dia meninggal dalam tidur. akupun tak perasan.bila bangun nak soq, tengok dia diam.
5.15 pagi: Umi called abang Zan(my other brother) ,bincang and decide nak bertolak at 6.30am
6.30 pagi: Pi amik abang Zan di Taman Rasa Sayang....boh minyak...then terus.....umi n abah gilir bawa
kereta. Sampai Sungai Buloh at 12pm......tunggu Teh(my sister) siap....
1.25 tgh: Bertolak ke N.9....kami pi 2 biji kereta....aduhai lamanya perjalanan....
2.15ptg: Exit Tol Alor Gajah....umi drive lak, sebab abah dah ngantuk......lalu Gemenceh, terus ke Tampin,
cari Gemas, cari Felda Pasir Besar...adui sesat lak......
4.50ptg: Syukur, akhirnya sampai ke rumah mak mentua Cik Ani.....sayu bila tgk my brother yg keletihan
anak2 dia 5 orang, 2 dah kawin, 3 lagi masih dlm tanggungan.....My brother keja kat RTM. dia
balik lewat pagi waktu kejadian sebab sibuk handle technical stuff sempena Olympic Games....
6.30ptg: Kami terpaksa bertolak balik, takut tersesat lagi di situ waktu malam. Ikut hati mmg nak dok lama
tapi nak buat camna.
7.00mlm. Stop kat Gemenceh, beli kuih utk buka posa. Dalam perjalanan, kami berbuka, makan ala kadar.
9.00mlm; Stop kat Dengkil, baru makan properly, tapi dah letih, semua nak buka mulut pun malas.
10.00mlm: Sampai rumah Teh in Sg. Buloh.mandi dan solat tarawih.
12 tghm: Bertolak balik......kami berbual sepanjang jalan. umi sempat lelap juga.
1.30pg: Umi lak drive dari Tapah. Abah dan Abg Zan lelap...tinggal daku seorang diri memandu.
Alhamdulillah, selamat walaupun umi mmg kecut terutama bila sampai terowong Gua Tempurung
jalan mencabar, tapi berkat zikir yg berterusan, kami selamat sampai ke Bukit Gantang.
3.00pg: Abah drive, umi sat tidur sat jaga, tapi mata mmg nak sakit...abahpun sama, tapi gagah juga.
4.30 pg: Sampai Gurun, makan soq and teruskan perjalanan. Umi dah tak sedar diri. Bila jaga, kami dah
sampai rumah bang Zan
6.00pg: Syukur, kami selamat sampai. terus bongkang ........bangun pagi, hati terasa kosong. Pasti hati
Cik Ani dan anak2 lagi kosong........10 Ramadhan terakhir adalah satu perjalanan yang payah.
Syawal?.......entahlah.....
Moga Allah merahmati keluarga ini, moga mereka tabah, moga kita semua dapat pengajaran dari kisah ini.
HIDUP INI HANYA PINJAMAN, JANGAN SEKALI KITA LALAI........AL- FATIHAH.......