Saturday, April 9, 2011

Berleter

Apa? malas nak baca entry ni sebab tajuk dia berleter? semua tak suka kena berleter kan. umi pun tak suka tapi kena jugak beleter ni sebab kalau tidak anak2 buat tak kisah aje suruhan kita ( berleter pun depa x kisah juga).
Ibubapa selalunya berleter atas sebab2 tertentu, bukanya depa shiok sangat dok marah2, tegang urat, nanti tua cepat, tapi nak buat camna? sekali suruh, tak gerak, dua kali baru dok menguit, tiga kali, jawab pulak: sat gi la.....pasai jawab sat gi la tu yg umi marah sangat sebab sat gi boleh dipanjangkan menjadi 1 jam, 4 jam, sehari, seminggu dan kalau tak diulang, mungkin 10 tahun pun depa x bergerak.
umi lak selalunya berleter sebab nak didik anak2, jangan jadi malas sangat, nanti bila tinggai umi pi belajar mana2, pi kerja mana2, orang suka kita sebab kita rajin...buat apa saja buleh, bukanya dok bagi alasan.....ala mak i tak ajar pun buat camni...ha kan dah sebut nama umi tu...aleh2..buruknya dapat kat umi, gamak ke anak2 nak buat camtu.

Umi rasa, berleter ni tanda kita sayang, sebab tu kita tegur. kalau tak sayang, macam anak orang lain, biar pi la hampa nak buat apa, gasak le. kalau tegur silap2 kita pulak kena bidas, budak2 zaman ni bukan tau sangat hormat orang tua, tambah pulak dia tak kenai kita. macam petang Khamis kelmarin, bila umi pi jogging, depan umi ada satu couple tu... yg pakwe dia buleh kok ko ( angkat atas belakang ) si makwe...agaknya dah letih sangat berlari kot. tak malu punya budak2...umi cuma mampu menjeling siap-siap, umi tenung tajam2, tapi mulut terkunci walaupun hati geram bagai nak gila. ha kalau dah tak larat,, hang jangan pi jogging, bagi kat orang yg kuat macam umi saja( detik hati umi ).

So umi cuma tegur anak2 umi dan juga anak2 murid umi dan juga sahabat handai umi ( maklum umi senior). Berleter ni selalunya disertai dgn nada yg amat kuat, sebab kita dah frust cakap elok2, so nak bagi power punya arahan, angkatlah suara, maka nadi pun berdenyut cepat dan semangat nak melalut pun amat tinggi. tambah pulak kalau ada yg berani menjawab, lagi panjangla leteren umi.....sampai kekadang umi letih sendiri.....

Umi masih ingat, tok dulu kuat berleter ( la pun sama, cuma degree dah turun). rasanya sebab tu la umi jadi orang macam la.... kalau tok tak berleter ntah apa jadi kat umi...mungkin teruk sangat. umi sedar tok berleter sebab dia sayang kat umi, dia nak umi jadi baik, so kenalah tegur selalu. dulu umi marah sangat kalau tok berleter, tapi bila tok mogok tak tegur sepatah apa, umi cukup risau sangat sebab umi rasa tok dah tak kisah kat umi. silent treatment yg tok bagi tu amat menakutkan. umi tak la sampai takat tu ngan anak2. pas marah, buat baik lak kat depa. masak ke, iron baju ke, basuh kasut ke....apa2 saje utk menunjukkan umi rasa bersalah.... payah jadi ibu ni....

Pendekata, the moral lesson is, jangan buat ibubapa anda marah dan berleter, tapi kalau mereka berleter, diam dan dengar sahaja kerana disebalik kata yg terlepas itu, ada kebenarannya.kajilah sebab mengapa kamu dileteri. Sedangkan Saidina Umarpun dileteri isterinya, inikan kita,, hamba Allah yg amat banyak dosa ....insafni.