Saturday, June 8, 2013

Kenduri Aruah dan Doa Selamat




 Syukur alhamdulillah kelmarin telah selamat diadakan majlis aruah dan kesyukuran. jamuan yang dimulakan sebaik selesai solat Jumaat di hadiri oleh rakan taulan dan sanak saudara. Terima kasih kepada semua yang hadir membaca Yaasin. Ucapan jasamu sentiasa di kenang ditujukan khas kepada anak saudar Ieza Ibun yang menyediakan makanan yang sedap: gulai ikan talang, ayam merah. daging kicap, ayam kicap, acar timun, laksa dan bubur kacang.....memang dia pakar.
 Para tetamu lelaki yang menjamu selera di luar rumah.
 Tetamu wanita yang sedang mengambil makanan dalam rumah
 kkwan umi dan abah serta sanak saudara yang hadir. Tu ada Ayish yang sedang merengek minta sirap kat umi semasa umi melayan Tok Nab, best friend aruah mak. Eh..ustazah Nashitah, Jamaatun dan Kak Zu pun ada.
 Sedap tak Shitah?
 Ni sepupu, anak mak su dan pak jang. sesekali bila ada kenduri mai la depa. Ait Intan n mak pun ada. TQVM sebab sudi mai.
 tetamu petang yang sesat cari rumah, Shamsul Sakinah ( polka dot) dan Nurul Farida dan kawan pejabat abah sedang menikmati makanan....jemput ye.
Jangan lupa tokey buat rumah Mr Misai yg gumbira datang bersama2 isteri dan anak2 dia. Terima kasih bagi angpau lak kat kami. Apapun umi amat bersyukur kerana hajat utk mengadakan kenduri dipermudahkan Allah. Moga aruah ibu bapa dan saudara umi tenang di alam barzakh dan kehidupan umi sekeluarga diberkati. Yang tak mai kenduri silalah singgah bila free ye.