Friday, April 15, 2011

Wat pa hari ni

ini dia laporan aktiviti hari ini. sapa nak baca bacalah tak mau tak paksa. umi cuma nak kisahkan saja utk ingatan umi juga bila umi dah tua nanti, umi leh tengok semula apa yang umi dah buat pada 15/4/11....ala macam shiok sendiri...
Awal pagi umi dah basuh selimut, tuala, kain dan baju tok sebelum kami balik. umi singgah marker, beli ketam rm18, udang rm17 dan jagung rm5. itu aje....tengah jalan ( bukan di tengah jalan) kami ( iaitu umi, abah , alin dan ayish) singgah makan roti canai n nasi lemak.
sampai rumah, kami ( iaitu abah dan umi) proses ketam dan udang di luar rumah ( lalat banyak kalau buat di dapur)...umi gunakan air basuh dua2 animal tu utk siram pokok bunga...ini baja bagus punya. Then, basuh kasut alin dan adik.
Masuk dalam rumah, kemas sikit2. baca paper, halfway, tertidur sampai 11.45. semalam tak berapa nyenyak tidur takut tok pangge...maklum tok penat sikit semalam) Terjaga dan terus buat kari ketam dan ayam goreng halia...tiba2 gas habis, mujur lauk dah masak. Then, sementara tunggu abah dan bob solat jumaat, umi buat jeruk mangga yang umi beli kat market tadi..kesian ada adik2 pensyarah yg mengandung, lleh depa makan, tapi yg tak mengandung dan sentiasa bawa perut pun lagi ligat makan jeruk ni.
Lunch dgn family, atih pi hantar pisang kat tok. budak ni pun dah ligat bawa motor, pantang ada urusan, semua nak pi. sama saja dengan bob, sama2 baru dapat L. takpa la, janji depa jaga diri. tunggu atih balik sebab hujan dah nak turun. gelap semacam aje. atih balik, dia kata tok suruh dia tunggu sat, tapi bila umi suruh balik, dia balik le...ish terasa bersalah pulak. so 4.30 umi ajak dia pi rumah tok lak, kesian tok dok sorang2 waktu hujan ni. minta tolong abah tengok ayish yg dah lena n sidai kain.
Now, kami berdua ada di rumah tok, hujan turun , lebat la juga. terasa puas hati sebab leh teman tok. malam satgi kami nak pi shopping sikit2. pak ndak n mak ndak mai teman tok pulak malam ni dan malam esok.
Sekian, wassalam...ish lapar la pulak....