Friday, May 6, 2011

Qasidah

Sebelum umi balik dari rumah tok pagi tadi, tok pesan, hang kalau mai esok tolong bawa qasidah no. ni kuih favorite tok la semenjak dua menjak ni selain laksa dan pajeri terung.
so tengahari tadi umi suruh atih pi beli kat restoran mak lang, jalan tok kesop tu, kat situ qasidah dia sedap, tak manis sangat.umi yg suka makan pun boleh juga gagah makan.malangnya atih kata, depa tak juai pulak hari ni.
mengenangkan tok rasa nak makan maka selepas zohor, umipun masuk dapur. jgn terperanjat, ini first time umi nak cuba buat. resepi? adala satu malam tu tok dok cerita cara nak buat qasidah ni. 3 cawan tepung gandum, 3 cawan air, 1 cawan gula. tok kata sedang elok aje. so dgn konfidennya umi pun buat la. letak periuk atas api yg amat pelan, kacau dan terus kacau. ai awat dia keras  ni, berketul2, ish tambah air secawan ,keras lagi, tambah lagi secawan, dok camtu juga so tambah lagi secawan. jadi 6 cawan la, masih ada ketui2 lagi. umi dah fedup, elok dia bunyi buk buk, umi pun tuang dalam pelengat ( syitah punya, maaf ye ) . then terus goreng bawang sampai kuning dan tuang. 

umi letak kat kipas angin nak bagi sejuk cepat. elok agak sejuk umi pi la potong. hmmmm...lembik sikit la....adui...tapi jeng jeng jeng, rasanya tetap ada. apa lagi terus potong(ceduk sebenarnya), masukkan dlam bekas, terus suruh Bob pi hantar. doa umi tok makan la setakat selera dia. apapun umi buat dengan ikhlas demi seorang ibu. kita doakan tok makan ye....ni getar dok tunggu bob balik....