Saturday, March 12, 2011

Kisah Zaman Sekolah

Semalam, masa umi tgh buka FB, ada seorang kawan lama SMJ dulu add umi so kami chat panjang lebar. Dia dok cerita balik hal kami di form 1- 5 . Dia ni dok di belakang umi, so kami selalu sembang bila cikgu tak dak. semalam dia selongkar cerita-cerita kami, antaranya:

1. umi n best fren, Cik Maznah, now lecturer UITM, pi sekolah naik gerek ( basikal). tiap-tiap hari, kalau gerek dia ok, yang umi pulak bunyi ek ek ek sepanjang jalan. kes rantai tak dak minyak kot, the next day, gerek dia pulak...adui malu betui, tak best la dok dgr bunyi tu sepanjang jalan. tak leh control cun la.

2. Kalau cikgu tak dak dalam kelas, hobi kami semua buat Add Maths. Kami memang minat habis dgn subject ni sebab cikgu Soleman Ramli tu pandai betui mengajar, sempoi, pakai buku soalan Pelangi saja. buku teks hat tebai tu buat eks letak dlm raga gerek saja,( nak bagi org tau kami students Science stream), umi sebenarnya bengap sikit pasai mengira ni tapi bila cikgu ajar, faham semacam saja. sambe dok buat tu, hobi kami semua ialah makan kuih siput (KS) yang mak Dr Barizah ( now at Klinik Bertam) yg buat n juai. mula2 sembunyi bawah meja, ambik sebiji sebiji. pastu pas kat kkwan....sedap sungguh kuih siput tu.

3. kawan FB umi ni kata dia selalu dok check homework umi n maznah every morning, pastu dia adjust apa yg patut. dia kata umi selalu dok nasihat dia supaya belajar sungguh2. apa yg umi ingat, umi pun satu kandar dua cham ( 2 X 5) dgn dia. Belajar apa tak tau.

4. Umi n maznah ni selalu posing depan kamera kawan ni la. masa tu baju kurung singkat aje. serata sekolah kami pi posing. minat kawan ni sampai sekarang tak habis-habis dengan kamera. umi dah tak ingat kat mana letak gambar paling glamor tu. kalau tunjuk kat anak2, sure depa gelak tengok pose umi.

5. satu lagi dia peringat umi ....adui ingat lagi hobi umi iaitu selalu bergayut kat palang bawah rumah. pasai apa? ala nak bagi tinggi la. dulu tinggi cuma 4 kaki 11 3/4 inci sja. so nak bagi naik 5 kaki, umi gayutla tiap-tiap pagi sementara tunggu maznah sampai. tapi x berjayapun. ada ke patut, bila hujung tahun, kami kena ukur tinggi nak letak dlm buku kad kemajuan, umi leh pujuk budak Cina yg dok ukur tu...umi suruh dia tambah inci bagi jadi 5 kaki. Gelak besar dia. mana boleh.....


Apapun kenangan di SMJ amat banyak. Bila depa nak buat reunion tak tau. tak mau yg focus banyak tahun kami nak yang 1980-1981 saja. Insyaallah ada la tu. thanks Solleh....

PLANTS POWER





After the long drought season, the rain finally graced the parched ground, and the results, we can see the blooming flowers that braved the challenging season. My excitement was obvious that today i visited the nursery for the collections of other plants that i thought would stand the harsh weather. but the crazy thing is, the weeds and unwelcome grass still monopolize the space. i think after this i have to visit Sin Tiong for the pebbles.....oh no....mahal ni.