Umi dilanda kesalan yang amat sangat. Kenapa ye? Itulah masa aruah mak masih ada, umi tak sibuk pun nak menuntut ilmu memasak makanan tradisional dari mak. Entah kenapa. umi seakan berasa mak akan tetap bersama selamanya dan bila2 masa umi boleh rujuk kat mak bilamana nak memasak. Betapa dungunya diri ini. Mana mungkin ini terjadi.
Dulu umi amat sibuk dgn kehidupan, membesarkan anak. Masak-memasak bukan minat umi. Masak setakat boleh makan saja. Yang lain beli kat kedai. Tapi lama-kelamaan umi tersedar betapa baiknya air tangan ibu yang menyediakan makanan. Penuh diringi dengan doa. Bukannya merasa air tangan orang lain yg kita tak tahu amal ibadatnya, solatnya, hatibudinya......aduh menyesal sekali.
Aruah mak memang teliti dalam dunia memasak ni. yang paling umi tak leh lupa ialah keenakan pulut udang, tepung bungkus, talam ubi kayu, khasidah, ketupat pulut. dan yang paling utama ialah kanji udang kering yang menjadi makanan ruji umi semasa kecil. Sekarang kalau beli kat kedai, ampun tak dak rasa keenakan, kelemakan, kemanisan yg sejati.....banyak yang hampas belaka.
Mengapa umi tak sedar dari dulu. Asyik dengan kesibukan yang lain,langsung lupa akan kepentingan seni memasak. Kepandaian ini cuma diwarisi oleh aruah CIk dan Teh Toh saja. Patutla setiap kali kami ke rumah teh di g. Buloh, anak2 ceria makan sajian teh mereka. memang enak.....
Umi janji umi akan lebih peka pasai makanan ni. Umi akan cuba buat...insyaallah lama kelamaan sure menjadi. Baru puas hati anak2 dapat makan sajian ibu mereka. masih belum terlambat.......