Syukur alhamdulillaha Along lulus untuk tahun ke3 ini..memang mendebarkan menanti keputusan peperiksaan...silap haribulan kena balik ke Mesir semula.But this time along, dengan izin Allah lulus dgn keputusan yg baik sikit dari tahun lepas.
Umi memanjatkan syukur yg tidak terhingga kerana doa kami sekeluarga dimakbulkan. Memang dah jadi adat along akan minta kami doakan dia setiap hari dia ambik periksa dan alhamdulillah amalan ini menjadi ikutan adik-adik krana mereka sedar betapa besarnya doa dari ibubapa...
Umi dan abah sebenarnya tidak brilmu tinggi..setakat hangat-hangat suam sahaja...tetapi kami tinggikan dengan penyerahan sepenuhnya kepada Allah...iklas dalam kerja buat....sepenuh harapan dan tumpuan kepada rahmat dan ikhsan dari Maha Pencipta.
Moga banyak lagi kejayaan akan ditempa oleh anak-anak umi di masa hadapan, insyaallah.