Saturday, April 23, 2011

Buah Kuinin

Ha kali ni umi nak cerita pasai buah kuinin, sejenis buah yg ala ala buah mangga tapi bau dia, amat busuk bagi umi dan amat harum bagi orang yg sukakannya. kat luar rumah ni ada sepokok kuinin yg sedang galak berbuah dan setiap pagi umi akan kutip dan susun di luar...jarang sekali umi bawa masuk dlm rumah kecuali kalau Alin nak makan. yg makan buah ni cuma Abah, Atih dan Alin. tapi abah kena control sebab buah ni bahaya kepada pesakit darah tinggi.

masa umi kecik2 dulu, umi tak larat nak kutip buah ini, sebab keliling rumah tok ada lebih kurang 15 pokok, so leh bayangkan betapa banyaknya buah ini. aruah tok wan dan tok suka sangat kutip utk dijual atau disedekahkan. umi yg bosan sebab tak tahan bau apatah lagi bila tok masukkan dalam peti ais...maklum taruh kot2 anak anak balik.ygg paling boring bila minum air dalam peti, baunya......

sekarang, keja umi tiap pagi ialah membedak( bahagi) buah kepada jiran. hari ini 4 biji utk Zarina, kelmarin bagi kat Ya, Malik, Mak su Noni, Zarina yg satu lagi, Kak Timah, Shahbini, kak Su, pak Ali..hari ini dok simpan utk bagi kat Ustazah Nashitah. dia suka sangat.ish hairan betui umi.....tak pa la juga sebab kalau buah tu luruh dan tak dak sapa makan, alamat membazir.,ni baru satu pokok dah tak larat nak makan.

Sesiapa yang teringin nak makan, sila ke rumah umi ye. 429, taman Siwsa 2. cepat sebelum habis.