Sunday, April 3, 2011

Ntah apa umi nak luahkan di sini, semuanya terlekat, tersekat di hati, tak terucap, tak mungkin dapat dilepaskan, tak mungkin dapat difahami semua, malah mungkin akan menimbulkan seribu macam perasaan, tohmahan, ketidakpuasan hati, jadi biarlah umi seorang saja yang menanggung, memilih utk berdiam, kelu, senyap, sunyi kerana luahan hati ini pasti akan membuatkan ramai yang bermuram durja, keluh kesah, marah, terkejut dan terkilan.
Apa yang pasti, hidup umi akan pasti berubah, pemikiran umi akan lebih terarah, gerak-langkah umi penuh waspada, tutur kata umi akan lebih terusun kerana banyak hati yang perlu dijaga, terpelihara dari segala nista dan noda.

( adui payahnya nak tulis guna bahasa begini....dalam English version:

(Ummi, watch your every single step...you might fall again, you might fail again if you forget )