Thursday, March 26, 2009

buat dengan iklas

umi nak tulis mengenai 2 perkara.
1. mengenai pengorbanan akak yang sanggup meluangkan masa menjaga tok di kampung walaupun terpaksa melupakan waktu di rumah buat beberapa bulan lamanya. umi amat terkilan kerana adik-beradik lain seolah2 selesa kerana akak telah mengambilalih tugas anak-anak lain.
tetapi selepas berfikir siang malam, umi teringat satu kisah nabi yang mengatakan sesiapa yang menjaga orang tua mereka, pahalanya sama seperti pahala orang lain yang pergi berperang. sejuk hati umi bila mengenangkan akak telah terpilih untuk satu tanggugjawab yang amat mulia. Moga Allah merahmati akak dan mempermudahkan segala urusanya dunia dan akhirat.

2. umi cuba menyelami hati dan perasaan tok yang semakin hari semakin daif sangat. selalu saja penat, malah utk berjalan ke pintu pun dah hap..hap. oleh itu adlah tidak adil sekiranya umi selalu berfikir mengenai siapa pengganti akak nanti kerna tentunya tok lebih menderita memikirkan perkara yang sama. dahlah sakit, anak-anak tak mau jaga tentu pedih dan pilu hati tok. umi rasa bersalah yang amat sangat. sebaiknya umi kena menggembirakan hati tok. umi akan cuba sedaya upaya umi dan umi amt berterima kasih di atas sifat understanding abah.

umi selalu ingat along kata kita mesti iklas dalam apa jua yg kita buat , insyaallah akan di berkati ILAHI......amin

Monday, March 23, 2009

sakit lagi

dah 2 hari umi demam selsema. letih x tau nak cakap.sementelah pula abah gi penang.memang kecoh jadinya.mujur ada atih yg very reliable.dia yg cara hal2 adik.umi letih betul.nak bernafas pun x leh...apapun kena ingat kat Allah. dah lama umi sihat.sesekali sakit x lehla nak merungut........
ni baru selsema.kalau sakit yg lebih kronik.....entahla.....

moral value is, we must always appreciate whatever given by Allah....

Wednesday, March 18, 2009

petua orang tua -tua


bila sesekali umi n kawan2 bersembang, umi selalu tercerita ttg petua yg umi dok amal, selalunya diberitahu oleh tok. contohnya, pasal daun bunga raya putih yg leh diguna untuk jaram/jelum kepala bila anak2 demam. kalau jaram kena stop at 12 midnight/ noon sebab masa tu blood circulation tgh tinggi...entah betul entah tidak.
pastu kalau sakit perut, guna kulit buah manggis....ha la ni dah ada produk kecantikan yg guna buah manggis...kalau penat macam tok, minum air yg dicampur kulit ikan pari yg dibakar.

kalau sakit bisul, guna kapur makan ke air asam jawa ke, bedak sejuk ke ...konon leh sembuh...tapi umi dah sakit seminggu masih belum sembuh.....kena p farmasi juga nampaknya.....sakit tul ni.

kekadang ubat tradisional ni ada baiknya...kekadang x leh percaya juga....kena cari doktor juga.tapi kekadang doctor pun suruh try cara tradisional. contohnya...rendam kaki dlm air suam campur garam jantan untuk ubat sakit gout......masalahnya mana nak cari garam jantan....garam halus banyak la....pening...pening.

Tuesday, March 17, 2009

abah and ptk


as umi is typing this abah is stuggling with PTK exam at SMK bandar Darulaman. open book exam but i'm not sure abah will have the time to open the book as each paper takes only one hour with 40 MCQ. However, umi prays for abah's success as abah really studied for the past 2 days...sambil MC sakit gout.

If abah passes with level 4, insyalllah abah will get a better pay. i think he deserves it as mana ada orang sebaik abah...always sacrifice for other people...even though he himself is in trouble. i really respect him for that.

so....together we pray for abah's success.Amin.......

Sunday, March 15, 2009

results spm

akhirnya pada 12 mac 2009 (thursday) akak got her results. susah nak describe feelings. syukur sebenarnya as ummi ingat dia dapat result yg teruk sebab dia tak sihat masa spm. umi percaya itulah yg terbaik dapat diberi oleh akak and she must be proud of it.
sekarang sibuklah dok pilih kursus yg sesuai. apapun umi lebih suka akak dapat kmk as senang umi nak monitor. dan yg lebih penting umi nak spend more time with her as before umi realize that we are not very close. umi nak bayar masa itu,insyaallah.

Tuesday, March 10, 2009

Akak's anxiousness


salam,
2 hari lagi akak akan dapat result spm...sure dia nak nervous habis...getar lutut semacam.umi dulu pun gitu...umi n abah doakan dia akan berjaya...moga2 dgn pengorbanan yang dilakukan sekarang akan di balas dgn kejayaan. Amin.

kamipun tumpang takut juga. pasni apa akan jadi. ke mana akak akan p. sapalak nak jaga tok. suma nya menjadikan kami risau..tapi deep inside kami percaya setiap masalah ada penyelesaiannya. Allah Amat Mengetahui.

terfikir seketika... anak2 ni macam2 perangai..ada masa dia x leh buat yang tu, dia leh buat yg ni...jadi one complements another....cuma bila sampai masa, suma akan di test.

Thursday, March 5, 2009

umi and alin

salam,
this is ummi and alin attending Voice of KMK concert on 2nd march 2009. it was organized by english unit. as always alin is very excited about this...this time there was no wayang kulit. Umi came to give moral support to friends who really worked hard for this.

atih and akak also came but they chose to be at the back...malu konon.

we left at 10.30 pm... umi drove home and sent akak back to tok's.

kesiah ayish was with abah..they went shopping....ummi should have brought him along.
when arrived home, he was already asleep.....kesian.....

Wednesday, March 4, 2009

ayish


ni dia the naughtiest boy in the family. look can be deceiving. nampak lembut tapi......god knows ...wait when he goes on biting spree...habis muka, tangan, hidung orang dia bantai.

but when people are angry at him, yell at him, his facial expression will immediately changed....buat muka sedih habis.

of course he can show his true colours coz he is the youngest...everyone adores him...

ensem ku, busuk ku, ayish....

alin demam dua hari so x p sekolah....agaknya pertukaran cuaca. muka dia lebih kecik dari ayih's.tapi suara leh kalah cikgu sekolah...kalau dia ugut ayish bukan main real lagi. bila ayish nangis, dia pujuk lak...gitulah kerenah dua2 orang tu.

apapun sekarang dua-dua tekun belajar, hafal doa, numbers, songs etc. umi save duit. antar alin sek, tapi ayish pun pandai.

nanti x yah antar p sekolah...

bob lak gi tau markah test dia.....bm 68, kimia65, sej63, bio75,pa 90, mm 73, admath 97 , shariah 100.leh la tu.

eman ba 65....yg lain senyap sepi lagi. entah apa kejutan dia.

kita tunggu dan dengar........suspen.....

Monday, March 2, 2009

ntahlah risau benar hati ummi bila memikirkan tntang tok. semakin hari semakin lemah. batuk, lelah dan sakit perut kerap kali berlaku. nak bawa ke hospital dia tak mau. akak terpaksa duduk ngan dia ...sure boring abis tapi nak buat camna. yang lain suma lepas tangan.

sesekali terfikir tentang nasib umi dan abah nanti. adakah anak2 akan buat2 bz dan x amik kisah langsung. masing2 ngan cara hidup tersendiri.

itulah pentingnya mencari pasangan yang betul2 sehati sejiwa ngan kita. barulah leh berbincang elok2. tengok mcam abah. dia cukup understanding, prihatin, sabar dan macam2 lagi. kalau tidak, tentu umi pening nak handle ini semua.

nasihat umi: sekiranya kita mau dilayan dengan baik, kita mestilah melayan orang lain dengan baik.