Friday, March 11, 2011

Lagu Kita Berbeza

Bila difikir-fikirkan, ditilik-tilik, direnung-renung, rupanya lagu umi dan anak-anak berbeza. Umi tersilap kerana terbawa-bawa perasaan retro umi bahawa bagaimana umi sewaktu kecil dahulu, begitulah anak-anak sekarang..cuba baca senikata lagu ini:

Umi
Hmm bestnya dalam hati,
anak-anak balik bercuti,
minta tolong depa buat itu ini.

sampah-sarap diluar tentu dibakar
longkang rumah aedes tentu dicuci
kotak2 tak guna tentu dibuang
sawang labah tentu di sapu
ish seronoknya semua dah bersih.

dinding kotor akan dicat
cermin tingkap akan dilap
lantai kesat akan dimop
karpet berdebu akan dijemur
hmmm bersihlah rumah kami

Anak-anak.

Bestnya kami dapat cuti
leh tidur sampai tengahari
takyah kerja tak yah cuci
dok relax sambil nyanyi
Ish...kalaulah cuti sepanjang tahun ini.

Main FB sampai pagi
tengok CD cerita tu cerita ni
main bowling 2, 3 kali
pi shopping beli itu ini
Hmmm....bestnya cuti kami

Chorus.
Dulu umi darjah 6 dah masak macam-macam,
basuh baju setiap hari sebaldi
berus lantai kayu sampai merelit
sapu sampah cuci calat.

Hampa la ni,
yang tau cuma masak maggi
baju hampa masuk dalam mesin
lantai hampa kata dah bersihla umi
mana ada sampah, dah elok la ni.

Ish umi ni,
kan kami tolong tadi
sidai baju, angkat kain
kemas bilik serba serbi
takkan umi tak puas hati lagi
kami dah baik la ni.
nasib baik kami tak merayap sana sini
dok depan mata umi setiap hari
at least kami tak lari
umi marahpun kami tetap ada disini
tadah telinga sepanjang hari
umi, umi jom kita pi mancing lagi.........


Hmmmmmmmmmmm......leh menang tak lagu ini...ratapan hati seorang umi.