Sunday, September 30, 2012

Jamuan Keluarga

Malam Sabtu yang lalu umi bawa keluarga abang yang balik dari KL utk graduation UNIMAP anak ke 3 dia.  Tapi anak sedara umi tu tak ada sebab dia dah terlebih dahulu berada di Perlis. Yang dalam gambar ni  ialah kakaknya, Eda yang mengeringi keluarga malam itu.

 Umi macam biasa order makanan yang selalu dok makan kat Restoran Dusun Permai.
 Abang umi ni datang bersama tiga orang anaknya, Hafiz, Faiz dan Eda. Maklum isteri dia dah meninggal Ramadhan yang lalu. Tapi syukur kesemua anak-beranak bersepakat dengan baik. Ada seorang lagi tinggal jaga rumah.
 Keesokkan harinya depa ke Perlis utk menghadiri konvokesyen. Umi tak ikut la sebab yg leh masuk cuma kereta jemputan.
Tahniah untuk Diana kerana telah berjaya mendapat segulung ijazah. Penat lelah dah terbalas sudah. tahniah juga utk abang umi, Ahmad Jalani yang berjaya mendidik anak2 yang baik dan berjaya dalam bidang masing2. .....umi ni , masih jauh perjalanan menuju kejayaan, insyaallah masa kami akan tiba jua.