umi nak tulis mengenai 2 perkara.
1. mengenai pengorbanan akak yang sanggup meluangkan masa menjaga tok di kampung walaupun terpaksa melupakan waktu di rumah buat beberapa bulan lamanya. umi amat terkilan kerana adik-beradik lain seolah2 selesa kerana akak telah mengambilalih tugas anak-anak lain.
tetapi selepas berfikir siang malam, umi teringat satu kisah nabi yang mengatakan sesiapa yang menjaga orang tua mereka, pahalanya sama seperti pahala orang lain yang pergi berperang. sejuk hati umi bila mengenangkan akak telah terpilih untuk satu tanggugjawab yang amat mulia. Moga Allah merahmati akak dan mempermudahkan segala urusanya dunia dan akhirat.
2. umi cuba menyelami hati dan perasaan tok yang semakin hari semakin daif sangat. selalu saja penat, malah utk berjalan ke pintu pun dah hap..hap. oleh itu adlah tidak adil sekiranya umi selalu berfikir mengenai siapa pengganti akak nanti kerna tentunya tok lebih menderita memikirkan perkara yang sama. dahlah sakit, anak-anak tak mau jaga tentu pedih dan pilu hati tok. umi rasa bersalah yang amat sangat. sebaiknya umi kena menggembirakan hati tok. umi akan cuba sedaya upaya umi dan umi amt berterima kasih di atas sifat understanding abah.
umi selalu ingat along kata kita mesti iklas dalam apa jua yg kita buat , insyaallah akan di berkati ILAHI......amin
2 comments:
ummi...menjaga orang tua memang sukar. Hati dan perasaan mesti dijaga sekali. Pengalaman mengajar yang kalau kita ikhlas menjaga orang tua kita insyaallah , Allah akan lapangkan hati anak-anak kita menjaga kita kelak...bersabarlah
u r right...menjaga ibu kita adalah cermin diri kita.
Post a Comment