Wednesday, August 21, 2013

An Angry Mum

Anger sparks when the heart hurts
The hurt heart triggers more anger
The sorrow leads to anger
Angry and sorrow hurt the heart

Apadia pulak dah. Umi dok merapu tengah malam buta  ni. Ni bukan sebarang merapu tapi luahan hati yang terluka dan terkecewa kerana tak mampu menahan perasaan marah. Marah ini sebenarnya amat buruk, lebih buruk dari kain buruk...ianya membuatkan kita buta kepada orang, lupa kepada pengorbanan orang, lalu yang ada hanyalah sebuah ingatan lama, cemuhan rasa, herdikan melulu dan jelingan membisa.

Tapi, bila umi sedar akan akibat kemarahan itu, umi jadi sedih, kecewa kerana punya hati yang cukup lemah, akal yang amat cetek dan kesabaran yang amat dangkal. Lalu umi duduk sendiri, ditemani sebuah QURAN, menghayati ayat2 suci yang ALLAH kurniakan kepada . Terus umi sedar, marah itu hasutan syaitan, momokan iblis, maka umi terkedu seketika. Astagfirullahalazim. Lemah rupanya diri ini, alpa kiranya jiwa ini, lantas mudah sekali meledakkan perasaan yg menggila, lalu menghancurkan banyak hati, melemahkan banyak rasa.

Ampun, Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Memahami dan hanya Engkau yang Maha Melindungi.






No comments: