Syukur kita masih diberikan Allah utk hidup. Menghayati Ramadhan dan menghiasi Syawal. Cuma kali ini, umi amat terasa akan kadar penurunan kesihatan yang kurang baik....tapi masih diperingkat boleh tahan lagi la. Bayangkan orang lain yang selalu sakit sana, sakit sini.
Umi sakit apa ni? Takda la serious sangat cuma sakit lutut aje....cecair ligamen dah kurang la tu, maklum dah nak masuk 5 series. Masalah utama apabila nak sujud...dulu lutut turun dulu, la kena stan tangan dulu, baru boleh balance. Hai sedarlah umi bahawa diri ini dah semakin lama, dah semakin berkarat, nak semakin jaded hehe.
Apapun yang paling umi sedar ialah, umi mula rasa sakit2 badan setelah pemergian mak....yang umi pasti, setelah tiada lagi doa mak utk umi. Dulu umi selalu minta mak doakan agar umi sihat, leh pi jaga mak. Aruah mak selalu kata dia memang sentiasa doakan umi....tapi sekarang......... tiada lagi.....hanya doa umi yang sering mengiringi mak.
Sekarang umi dah bestfren dgn VCO, Ostematric, Jaselin Oil, Vitamin B, dan ubat urat.......beratur aje hujung kepala. Tu tak termasuk yang kat ofis lagi......ni la yang dikatakan....dah tua...sedar diri ini. Tak payah nak guna ubat bagi muda, sebab memang tak akan muda. So, kenalah siapkan minda dan fizikal utk menghadapi ketentuan hidup ini.
No comments:
Post a Comment