Syukur alhamdulillah, hari ini genap usia Along 24 tahun. hmmmm dah besar panjang anak umi. Memang tak terasa usia kita dah meningkat kan.Kalau Along dah tua, abah dan umi apatah lagi. Syukur sangat2 sebab Along dah semakin menghampiri kejayaan maupun dalam kepayahan mengharungi kehidupan sebagai pelajar perubatan.
Sejarah kelahiran Along dah kerapkali umi paparkan di blog ini. Tentu pembaca dah muak nak tengok kan. Pengalaman melahirkan anak sulung sama saja bagi setiap orang kan. Jadi kali ini umi ingin menyorot kembali kenangan membesarkan along. Bila ditenung dan direnung, amat payah sekali nak cari apa kesusahan yang umi alami semasa membesarkan along. Tak banyak yang menyusahkan kerana dari kecil, along tak banyak mendatangkan masalah.Kalau dari segi penjagaan, tak susah langsung kerana umi mendapat bantuan dari aruah tok, tok, aruah tok wan dan juga Mak Jah, pengasuh setia along. Pendekata perjalanan hidup along amat tenang dan selesa sekali.
Manja? Besa la kalau anak sulung, semua dia dapat jadi tak payah nak guling2 depan kedai nak minta beli sebab umi akan beli awai2 lagi. Aruah Tok Besah pun selalu beli macam2 mainan bila kami balik Yan.
Walaupun begitu, along tak berlebih sebab dia sedar, ada lagi adik2 yang menanti.
Masa Tadika?Hmmmm kat Tadika Assolehin di Pengkalan Chepa. Along dah pandai membaca masa umur 5 tahun....cakap pulak pelat Kelantan. Enam jadi ene.....lubang jadi lube, bulan jadi bule......hehehe ini penangan Mak Jah pengasuh la.
Darjah Satu di SR Abdul Rahman di Kuala Nerang. Tiap kali ujian, along mesti dapat 100......umi ingat lagi along akan tunjuk kat umi di SM Dato' Syed Ahmad, sebab sekolah kami bersebelahan saja.
Darjah 2 dah pindah ke SKJ yg tepi Aneka tu....dulu tak dak lagi le. Tiap petang kami akan tunggu along balik sekolah.
Darjah 3 dah pindah ke SKBBBD. dekat ngan rumah sikit. Tiap2 tahun along mesti naik pentas terima anugrah cemerlang.....bangga la umi n abah...anak sulung katakan.
Darjah 6 dapat UPSR 5A......terus minta pi sekolah agama di Agama Kedah, Alor Star.
Mulalah along berpisah dengan umi. Tapi walau payah macamna pun along tak mengadu sangat. Dia hadapi juga. Lama kelamaan along dah boleh hadapi semuanya dgn kawan baiknya Ridwan ( now buat dentistry di Jordan)....Along aktif juga dgn persatuan agama dan matematik. Dia memang minat betoi ngan matematik. Dapat bakat dari abah katakan. Sampaikan bila dapat SPM 12A pun dia dok kata nak jadi cikgu matematik. Tapi dah terminta buat medic n dapat pulak.
Kat Mesir, along tak pernah miss call umi setiap minggu selama 6 tahun ni. Kekdang sampai umi pun dah tak tau nak cakap apa lagi tapi umi layan sebab along dah susah payah contact umi. Itulah kelebihan along.
Insyaallah tahun ni tamatlah pengajian along selama 6 tahun, dan kalau semua lulus, along akan balik Malaysia dan mula housemanship....dgr pun umi dah takut, tapi umi percaya, dengan sikap sabar, tenang along akan berjaya menghadapi semuanya dan dapat berbakti kepada masyarakat dengan ikhlas demi agama.

No comments:
Post a Comment