Walhamdu Lillah
Walaila Haillallah Huakbar
Saat menjaga dan melihat mak terbaring lesu, tidak berselera makan, tidur sepanjang masa, umi tersentuh hati, terkenang mak yang dulu amat cergas, mulut amat becok, tak pernah duduk diam. Tapi sekarang, dia lemah sekali, mata layu, mulut bisu, gerak kaku. Kemana pergi semangat ibuku?
Umi ingin sekali menceritakan betapa bertuahnya menjadi anaknya, betapa bermakna hidup dalam keluarga kami, penuh kasih sayang yang tidak terbelah bahagi. Tapi mulut masih berat utk berkata, biarlah tangan ini saja yang bercerita, melalui sentuhan tak seberapa, suapan sekali sekala, betapa umi amat mengkagumi ketabahan mak, menjalani hidup sendirian selama 5 tahun peninggalan pak. Alang-alang orang, tak mungkin mampu berbuat begini. kalau tidak disebabkan kesakitan lutut yang dihidapi, tak mungkin dia akan diam terbaring di bilik. tentu cerah satu kampung dibersihkan, penuh segala tanaman dicucuk, tak mungkin kampung kami menjadi gersang sebegini, penuh rumput dan daun pisang kering.
Umi redho, umi berdoa, semoga apa yang mak tak dapat di dunia, akan dianugrahkan di akhirat. Tak mau mak keluh kesah, tak rela mendengar rayuan mak, tak sanggup mengecewakan hasratnya tapi umi tak mampu nak memenuhi segala hasratnya, kerana umi cumalah seorang anak bongsu, tertakluk kepada urusan orang lain. Hanya doa umi agar mak juga redho dgn ketentuan Allah. Siapalah kita tanpa Rahmat dariNya. Siapalah umi tanpa mak......
Dah tak leh sambung dah.......Doakan Mak Sihat Seperti sediakala, Amin
1 comment:
Assalamualaikum...
Takziah atas berita yg saya dapat dari ustazah nashitah....
itu pun pagi tadi baru saya perasan msg beliau. semoga ibu umi bersama org-org yang beriman...
Post a Comment