Monday, May 16, 2011

2 dalam 1

16 mei hari diraikan agak ringkas tetapi fokus lebih kepada pertukaran rakan sejawat yg naik gred 48 dan 52. mmg. tak dijangka begini jadinya,amat sedih.bayangkan usia dah 40an tapi kena bergerak jauh,sejauh melaka dan johor. mmg x berbaloi dek kata deris yg pi ke penang.sedih betui dgr kak Hajar sbg mantan kj berucap.mmg byk yg tersirat dlm kata2 beliau. moga ramai ambil iktibar,faham bahawa silaturrahim lebih penting dari segala.(tengok mata bengkak selepas ntah berapa kali menangis)
sahabatku Noorlida(kali ni eja betui)pula dlm gurindamnya,meluahkan perasaan yg tak terluah sebenarnya.amat payah nak diucapkan.hanya yg merasa faham segala erti madah beliau,betapa kkdg hidup ini seolah2 satu permainan.sapa yg lebih akan menang. senyum manis tapi pahitnya dihati siapa yg tahu

pantun lama kegemaran Zulkifli amat mendayu,mengajak kita bersama merasa perjalanan hidup seorang guru amat mencabar,hanya yg tabah boleh menghadapinya.selepas ini tiada lagi peluang mendengar suaranya bergandingan dgn Musliza sbg mc acara rasmi kolej.

DEris dlm keselambaannya menerangkan situasi sebenar nasib 52, lebihrugi dari untung,tapi apakan daya,khidmat mesti diteruskan. tak ada lagi acara minum kopi ye. sikap positif dan mengalah itu menunjukkan betapa gentleman nya kawan ini.

yg paling sedih bila tgk Rifae dlm tangisnya mengatakan betapa sayangnya dia kpd kkwan dan kolej.bilamana seorang lelaki menangis.bayangkan sayunya hati kkwan,bayangkan betapa eratnya ikatan ukhwah dia. yg merantau dari johor dan berasa dkt di kedah.

umi amat kagum dgn sikap mereka, dlm senyum menutup rasa pilu, sedih yg tak mampu diluahkan kerana tiada maknanya. sesungguhnya kkwan yg sama2 naik gred dan menetap di sini pun tidak gembira.bibir mengucapkan 52 tapi hati maukan 48 sekiranya itu dpt menyatukan kita.

No comments: