Sunday, July 21, 2013

Telekung dan Sejadah

Syukur dah terlaksana hajat utk membuat sedekah sejadah dan telekung atas nama aruah ibubapa. Umi letak di surau RnR, supermarket dan masjid. Umi amat berharap banyak lagi yg dapat umi beli dan jariahkan sekerap mungkin. Umi sedar, bilamana mak dan pak dah meninggal, tiada apa lagi amalan mereka kecuali doa dan hadiah yang anak2 berikan selagi mereka masih berupaya....semestinya berupaya...kerana hanya itulah yang dapat membantu aruah di alam barzakh.....bayangkan kalau anak2 buat tak kisah pabila ibubapa dah meninggal...sedih amat sedih....mungkin itu juga akan terjadi apabila kita meninggal kelak....nauzubillah.

Jum kita sama-sama muhasabah diri....kalau kita sayangkan ibubapa, marilah kita sama2 membantu mereka dengan berdoa dan berbuat segala kebaikan dan pahalanya disedekahkan kepada ibubapa. Bukan payah kan.

No comments: