Thursday, November 1, 2012

Kak Yan Pun Kena Jaga Periksa?

Dah seminggu kami secara paksarela diarah menjaga PSPM 1 kerana tak ramai yang mahu walaupun ianya berbayar.  Bukan sengaja tak mau tapi memang ianya satu yg memeritkan.  Dah hampir 10 tahun umi tak pernah jaga exam yg panjang. setakat ujian selama 1 jam satu subject besala, tapi kalau dah 2 jam, 21/2 jam, pagi petang, memang letih sungguh-sungguh.

Bermula seawal 8.30 pagi, kami kumpulan F dah siap mengedar soalan dll kepada 296 pelajar. Bila exam start, kamipun mula berkawad, pusing sana sini....pastu duduk sat....mula mata nak ajak tutup, bingkas bangun dan kawad lagi...duduk sat....mata dah mula layu, bangun pulak, kawad lagi.....rasanya setiap hari umi dah kawad sampai Changlun jaraknya.. students pun naik rimas tgk kami, tapi nak buat camna, dah tugas. kalau ikut undang2 tak boleh duduk....adoi siksa apakah ini ? itu tak termasuk ikut student yang nak pi tandas...elok umi sampai tandas, dia dah selesai dan dah nak masuk dewan balik...mak ai letihnya.

Yang paling memeritkan ialah bila umi tengok students jawab soalan BI....adui...yg graph analysis tu depa buat ikut rasa saja. lain yg kita ajar, lain yg depa buat.....awat tak tau, tetiba depa jadi creative, super creative....rasa macam nak cubit sorang2.....tapi nanti kena saman pulak kan.......yang nak tergelak, bila tengok perbezaan antara students lelaki dan perempuan. Yg lelaki, dapat aja kertas soalan, mula tongkat dagu la, dahi la, angkat kaki atas kerusi la, buang kasut la, selsema la, pejam matala...dan macam2 la lagi. 

Yang pompuan nampak steady saja jawab, tapi tak tau la betoi ke tidak. janji jawab kan.....
Sesekali bila tengok barisan pengawas yang berderet di bahagian belakang, rasa nak tergelak juga, masing2 dok tension tahan rasa mengantuk. yg student dok tension nak jawab.....elok saja masa menjawab tamat, kami rasa macam nak yahooooo saja.....cepat2 kutip kertas dan bilang dan semak dan masukkan dalam sampul dan ikat kemas2.....la..............masa berlalu dgn begitu pantas sekali....pulak.

Lepas zohor, pi lagi utk kertas waktu petang. ha ni la  masa yang paling mencabar. walaupun mulut tak berhenti makan sweet, air dah berbotol diteguk.....penat tak berkurang...tambahan lagi perut dah kenyang. Dugaan sungguh................apa lagi, buka cerita la sikit-sikit, secara berbisik-bisik.......ini mmg time tak leh nak tolong dah.....awat dak...kami besa dok mengajar, riuh rendah dalam kelas, tetiba kena dok skema gitu, mana ada jalan......itulah sebabnya ramai tak mau jaga periksa. Bukan nak lari dari tugas, tapi, kami tak mampu. tambahan lagi yang dah season macam umi ni.....umur dah nak dekat 50. kaki pun alignment nak lari dah.....nanti dapat rm170 tu, kena guna utk beli kasut yg dah huih tu dan beberapa botol minyak angin nampaknya.

Apapun, umi rasa sebenarnya jaga periksa ni bagi la kepada yang sudi dan rela. tak semestinya pensyarah saja yang boleh jaga.....staff sokongan pun boleh....tapi sapa nak sokong cadangan umi ni. nanti ada yang akan kata: ha dah keja depa, buatla............hmmmmmmmmmmmmm buat la...tapi cuba tambah RM sikit, baru ada semangat. Nak upah anak2 pijak kaki lagi, urut lagi........beli panadol lagi, makan bungkuih lagi. Letih wei.......................



No comments: