8.30 pagi : Hai akak cepat la. Siap barang2 nak balik Shah Alam
9.00 pagi: Adoi...lambatnya budak ni. Kita dah la tak breakfast lagi.
9.15 pagi: Sarapan di kedai makan simpang pekan. Makan cepat2 takut lambat.
9.50 pagi: Dah tunggu kat stesen bas express kat Petronas Bandar Darulaman.
10.00 pagi: Awat bas Shamisha tak mai lagi ni. Matahari dah tinggi.
10.15 pagi: Abah pi kat kaunter tanya awat bas tak mai lagi. kerani kata tunggu sat.
10.30 pagi: Akhirnya bas mai dah. Cepat akak boh beg dalam bas dan naik cari tempat duduk.
10.35 pagi: Akak turun dari bas: ada orang yang no. seat yang sama. Kerani mula phone sana sini,
marah kerani kaunter lain yang juai tiket bagi no. yang sama.
10.40pagi: Kerani belek tiket bas dan berkata: La dik oi, Tiket ni utk 3/11...hari ni 2/11.......
Akak kata: hari tu saya beli (sebenarnya Bob yg beli) saya minta hari Jumaat.
10.50pagi: Abah amik beg akak, teruih masuk dalam Myvi dan start enjin......meninggalkan stesen dgn
perasaan bercampur baur.
Akak suka hati sebab dia memang berat hati nak balik hari Jumaat, awai sehari. Semalam atih dah pi nak tukar tiket, tapi kerani kata, kalau ke Shah Alam, tak leh tukar. dia pun tak tengok tiket tu. Abah, umi, atih dan akak dok gilir pegang tiket sambil tengok masa, 10 pagi tapi tak dak sapa tengok tarikh.....................
itulah celik tapi buta..............................apapun akak suka sebab hajat nak balik lewat tercapai. Esok sure dia malu nak tunjuk muka kat stesen bas.......................biarlah.....itu satu pengajaran buat semua.
No comments:
Post a Comment