Kelmarin abah mai jemput umi balik kerja, terus ke Kuala Perlis, nak buka puasa di sana. Ini meal terakhir kami bersama sebelum anak2 balik ke universiti mereka. lepas ni memang tak ada peluang nak makan2 camni dah sebab semua dah sibuk.
Sementara menunggu waktu berbuka, kami rihat2 kat tepi pantai, ambil angin sambil bergambar. Umi guna paper camera ni......baru nampak macam sketch gitu. Ini lah gambar kenangan kami sekeluarga, tanpa Atih dan Eman.
Makan malam mencecah rm110, perkara yang biasa bagi keluarga besar macam keluarga umi. itupun ala kadar aje. Umi tak kisah sangat pasal makan, sebab itu rezeki mereka. Moga anak2 akan menjadi orang2 yang berjaya dunia dan akhirat, insyaallah.














No comments:
Post a Comment