Friday, October 21, 2011

Tak Leh Lawan Mak

Ni sapa ni dok layan ayish makan kitchen chop ( dia punya bahasa dah). mana umi? umi dok di depan tengah layan mee udang. yg dok susah payah potong ayam ni ialah mak pengasuh ayish, Pn Suwaibah, seorang  ibu yang cukup dan amat baik. yg tak dak tolok ganding bandingnya.  Dah 6 tahun dia jaga ayish dari dalam lampin sampai la...mana tak sayang si budak ni kepada mak dia.
hai, ummi tak jeles ke? uish nak jeles apa. umi syukur sangat anak umi dijaga oleh mak yang penyayang macam ni. sesekali umi test tube gak ayish dgn soalan yg begini:
antara mak dgn umi, yg mana ayish sayang?
Ayish agak keberatan nak menjawab, takut2 umi kecik hati kerana baginya dia amat kasih pada mak dia.
so dia jawab, mak ayish sayang, umi pun ayish sayang...jawapan yg selamat.....

Umi tak kisah apa yg ayish kata kerana kebenarannya memang mak dia yang layan dia habis riang, suapkan dia nasi, mandikan dan comelkan dia, hantar dia pi sekolah, jalan kaki lagi. so memang tak salah ayish rapat dengan mak dia.Umi sedar dalam kesibukan, umi seringkali abaikan ayish. bila ambil dia, terus balik rumah, dia dah keluar main dgn alin. malam aje kami dapat bersama. then tidur. awai pagi at 7 dah terjenguk kat rumah mak dia. terus dia tunggu mak mai angkat dia dari kereta dan mak akan wish dia Good Morning dan dia peluk mak terus masuk dlam rumah. kekadang dia bye bye umi dari kat grill aje. kalau orang lain tentu sedih kan. tapi umi sebaliknya, kerana umi syukur anak umi dijaga orang seorang yg bertanggungjawab dan ayish tak akan lupakan umi walaupun dia sayang mak dia.

Entry ini dibuat pada malam ayish pi tidur rumah mak dia, dia kata nak jaga mak sebab ayah pi Gunung Jerai. bertanggungjawab gak budak kecik ni. Tapi kata dia, pukul 8 esok dia dah nak balik....umi tak kisah......

No comments: