Sunday, May 15, 2011

hari guru

menyambut hari guru semasa kita jadi student dan semasa kita jadi cikgu adalah berbeza.masa jadi student. kita sibuk bincang ngan kkwan nak beli hadiah apa yg special kat cikgu.masa sek.rendah dulu umi tak berapa kisah sgt tapi bila masuk sek men. baru celik mata.
yg bestnya hari guru ialah bila ada special presentation dari semua pihak.masa tu leh tgk cikgu yg suara sedap2 tunjuk bakat dan kita yg jadi student langut macam tgk konsert.

bila jadi cikgu tahun 1987. hadiah pertama umi dpt dari stdn form 3 sek.men tok jalai ialah sepasang kasut. haha.pandai pulak bbdak ni beli ikut saiz kaki.yg paling byk dpt bunga la.yg plastik dan hidup.hati umipun berbunga2.

bila pindah ke s.m. kota baru.hadiah pun berubah.dari kek ke cenderamata. pasu bunga. kain dll.

then bila bertugas di sm dato syed ahmad. lain pulak hadiah. bunga tetap ada tapi ditambah dgn buah2an.maklum sek kawasan dusun.

bertukar ke sm tungku sofiah alor star. pelbagai jenis lagi. brooch.bunga.alas kusyen.penuh meja la hari tu.

lepas pindah ke matrik, ha padan muka tak dapat satu hadiah pun.sebabnya 16 mei student baru masuk sesi jadi depapun tak kenai kita.takkan nak bagi hadiah lak. so dah 8 tahun la umi merayakan hari guru tanpa hadiah sebaliknya sibuk menolong anak2 belikan hadiah utk guru depa.

namun begitu. ex student masih lagi hantar sms dan fb utk wish . zaman dah berubah so style pun berubahla.

yg best sekali dari ayish:
esok kat sekolah ayish dapat hadiah. umi kata bukan ayish dapat hadiah tapi ayish kenala beli hadiah kat cikgu.
ayish tak mau beli.biar kkwan bagi sudahla. apalah maknanya hari guru buat ayish.
l
selamat hati guru buat semua kkwan yg bergelar cikgu,guru,pensyarah,pendidik.moga kita lebih bersemangat.

No comments: