Wednesday, May 11, 2011

Aku Tidak Putus Asa

Syukur, syukur, syukur cubaan umi kali ketiga ini menjadi. Setelah sekian lama diduga, dicabar, dipujuk, dinasihati oleh Ust. Nashitah, kali ini alhamdulillah, apam gula hangus umi menjadi. Cubaan kali pertama tak jadi, kedua juga tak jadi, keras kedekiang walaupun alin suka, tapi umi tak puas hati. bila disoal siasat oleh sifu, rupa2nya umi terlupa letak soda bikarbonat, patutlah tidak menaik apam ini.

Umi rasa terkilan sebab resepi yg senang lagi  mudah inipun umi tak leh buat. selalunya umi memang tak berapa berkenann buat kuih muih yg kena bakar atau kukus, taking so much of my time. kalau setakat jemput2, cucur udang, cucur jagung memang umi suka buat sebab senang sangat. tapi bila sampai bab mengukus ni umi lemah sikit.

Namun begitu, umi kuatkan semangat nak buat sebab  bila makan apam yang ustazah bawa, amboi terasa rasa kelembutan, kegebusan kuih ni, so memang hati terdesak2 nak buat( seru dah sampai agaknya) Tambahan pulak, kelmarin buat qasidah jadi elok, jadi membuatk2 perasaan gumbira lantas hari ini diterjemahkan dalam bentuk yg di atas.

Esok, insyaallah leh bawa bagi kkawan rasa, itupun kalau tak lenyap la malam ni. so umi kena simpan sikit no. TQVM Ustazah Nashitah ( ni promo habis ni). Jemput makan.

No comments: