Saturday, July 6, 2013

Mesir Bergolak Lagi.




Risau. Bimbang.Takut....semuanya ada dalam fikiran umi bila melihat berita sebegini di tv. Adakah kejadian 3 tahun dulu akan berulang lagi? Mesir akan huru-hara lagi? Bulan Ramadhan yg mulia akan tiba. tak berhentikah mereka kerana menghormati keberkatan bulan ini? 

Bilamana melihat kejadian seperti ini berlaku,dan Along berada di sana, tersepit dalam kegelutan manusia berperang kerana kuasa, keperayaan dan daulat negara, umi teringat semasa umi belajar di Kanada dulu. Aruah tok dan wan tak pernah miss menonton berita selama 4 tahun umi di sana. Setiap berita berkenaan negara itu akan menjadi berita penting bagi mereka. kemalangan, ribut salji, apa saja akan membuatkan mereka susahati walaupun sebenarnya tempat kejadian adalah beribu batu jauhnya dari tempat umi belajar.
Sekarang umi faham perasaan mereka. jauh tak bermakna tak terlibat. Itulah yang sedang umi fikirkan sekarang. Along dah berada di tahun akhir. Peperiksaan dah dekat. Keadaan masih tak selamat. Kelas di buka mengikut keadaan. Memang perit.

Namun, umi berpegang kepada ketentuan Allah. Umi berdoa agar keselamatan rakyat mesir dan semua rakyat Malaysia selamat. Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku. Kita hanya mampu berdoa.

No comments: