Monday, February 4, 2013

Cuti Tapi Tak Cuti

Amboi payah betoi nak update blog sejak cuti ni. Setiap minit ada saja kerja nak buat. Budak yang mai buat rumah pun tanya. Kak tak pi keja ke? umi kata; cuti. Dia kata cuti apa dok buat keja tu. nampak sangat umi ni sibuk.

Ahad pagi, umi dah berbungkuih muka dok buang habuk di buku. 2 rak yang dah senget sebab banyak sangat buku. Sekali rasa macam nak juai saja novel melayu yg agak banyak la....tapi sekali pikiaq sayang lak....so dok la kemaih kat2 2 jam.....jari dah habih keras kematu...kebas tak tau la .....agaknya dok kena debu simen banyak sangat.

lepaih tu sibuk dok mesin baju pulak....maklum banyak yang kena debu bila bilik kena ketuk.....kalau mesin tu leh cakap, sure dia dah melompat mengamuk......maaflah ye....nak buat camna.....lepaih ni  malas dah nak renovate rumah. seksanya amat mendalam. Misaipun dah serik tak  mau buat rumah dah dia kata.

malam pulak sibuk lipat kain. depa ni bukan leh harap sangat buat benda yg menjemukan. pastu teruih tiduq tak sedaq habaq....

Isnin, pas tengok depa pi sekolah, ingat nak pi jogging, tapi bila tengok pokok bunga melur yg dok merimbun, mulalah umi cari gunting gedabak tu, teruih proses pangkas berlaku....tangan tetap kebas tapi buat juga la....then pindah pasu bunga, tanam semula anak daisy.......syukur selesai juga.
rasanya satgi nak pi masak apa yg ada. cemuih tak tau nak habar dah makan nasi kedai ni. dah masuk 3 bulan......kabinet baru dah siap pasang kelmarin so bolehla pindah barang sikit2......penat lagi la.

Esok belum tentu nak buat apa.......rasanya kena mop lantai dan kemas dapur dan bilik solat. buat sikit2 takap umi mampu.....kalau pulun sangat, nanti tak leh raya pulak hehehe..........

No comments: