Monday, December 17, 2012

Rumah oh Rumah

 Salam. Ni dia nak cerita kat hampa tukang rumah @Misai yang dok sibuk buat rumah umi la ni. tapi bukan dia la yang buat, dia pakai Indon. Tu dok bincang ngan abah( rupa nak serupa kan) pasai tiles....dah 2 kali pi kedai tengok....dia cukup kalut sebab tile yg kami mau warna biru tak cukup....amboi dia cukup concern, calling sana, calling sini. nak cari juga yang kami  mau. Umi mmg tak mau ubah warna lain selain biru. maklum kabinet pun biru....ish tengok ke rupa kalau orang kata dua beradik pun sure ramai yang percaya kan.....hehe....masa depa dok cakap ni umipun sibuk snap gambar depa, tapi abah ni malu sikit, dia buat tak mau tengok.......tak pa.......(sila abaikan gambar model  di belakang tu ye)
 Tadi depa dah buat bahagian depan ni ( living room) nanti boh pintu dan tingkap, siapla bahagian baru ni. pastu baru boleh tebuk dinding nak tambah bilik...kalau tidak terpelehong pulak la rumah kami.
 Amboi, Cik Daisy ni, galak pulak dia berbunga...nanti tua sikit umi dah nak cabut buat benih baru. La biaq pi depa hidup dulu. nanti tembok ni pun kena buang dah....sayang tapi nak buat camna...hidup kena berubah kan.
 Ni angle tepi rumah...masih berselerak lagi. umi nak masuk pun tak lalu....biar depa buat bagi selesai dulu, barulah umi campuq tangan....sabar dulu......
 Dari dalam bilik umi, dapatlah dilihat habuk2 yg berterbangan di ruang dapur .......bila siap nanti, umi tak leh buka dah la tingkap ni....takut bau masakan masuk pulak....ala masak apa la sangat....kalau setakat maggi mee.....tapi dapur mesti elok kan..habuan nak suruh menantu masak kat mak mentua.......ayat nak kena saman ni.
 Operasi mengemas berjalan dgn amat perlahan sekali. dah tkak tau nak letak kat mana benda2 ni.kalau sapa mai time ni, mmg pengsan 5 minit la......ntahla malas nak buat sebb tak dak tempat nak boh dah...nanti la ye....bila mood elok, umi buat la
Waktu malam, nampak macam ni la parking kami. herot petot...debu simen merata tempat.pasir pun menguasai sebahagian kawasan. la nak undur keretapun jadi masalah....kat umi la....abah dia belasah aje...janji leh keluaq......inilah saja lintas langsung dari 429 taman siswa 2.....nanti bila dah kemas elok, umi snap gambar yg cantik2 la kan.......

No comments: