Syukur, pada tarikh 18 September 2012, orang sebelah umi ni dah sambut harijadi ke 48. Dek kerana abah terpaksa bermesyuarat di KL, makan maka tidaklah dapat kami sekeluarga menyambutnya secara besar-besaran sehingga terpaksa memberi cuti khas kepada sesiapapun.
Namun begitu, kami sempat juga singgah makan di Pizza Hut Jitra pada petang Ahad, dalam keadaan yg amat sederhana, 2 regular pizza berperasa Hawaian Chicken dan Chicken Supreme, disertai dengan mushroom soup dan meatball bolognese spagetthi (ntah malas nak cari sebutan yg betui), ditambah dengan air sarsi kelat-kelat masam, kami makan malam dengan ditemani oleh Bob, Atih, Adik, Alin dan Ayish. Jangan ditanya yg lain pi mana......berselerak anak2 kami ni.
Hadiah apa taun ni? Jangan bimbang, henset baru Samsung ntah apa tak tau yg memang diidam oleh abah, telah dibeli dan dibawa balik oleh Bob dan diserahkan kepada abah, dengan linangan air mata kasih, sebab Bob pun ala-ala suka kat henset tu. henset abah yg baru beli 2 bulan tu jadi apa lak ye? jangan susah hati kerana umi dengan rela hati menyambutnya, maklum Sony Xperia model baru telah bertukar tangan. Dan harap maklum juga bahawasanya bulan depan ialah harijadi umi pulak.
Kali ni umi nak cerita sikit hal kehidupan abah yang berasal dari Yan, Kedah ( kiranya orang umi gak le). Ayah abah meninggal semasa umur abah 6 tahun (1969) memang tragis sekali kerana aruah tok wan pergi dalam satu kemalangan di bulan ramadhan. Emak abah pulak meninggal pada tahun 1984, kerana sakit ulcer usus. Abah hanya ada 2 orang abang dan seorang kakak. itulah sikit sebanyak hal asal usus usul abah.
Peribadi abah memang amat dipuji ( bukan sebab dia pakwe umi ye) tapi dia memang seorang yg amat sederhana, lemah lembut dlm percakapan, cool, dan tak cepat marah, pendekata abah ada satu pakej yg amat lengkap, so umi memang amat bertuah kerana peribadi abah complement dgn perangai umi yg agak bertentangan. Abah pernah dianugrah Pegawai paling Cool oleh PPD KP....memang tak dak sapa leh lawan ke sejukan peribadi dia. Itu kami sekeluarga salute habis.......
Yang amat umi kagumi ialah sikap abah yang tak mudah marah, biar macamana laser umi usik dia, dia maintain saje, tapi sekali dia jawab balik, memang terkedu umi kerana kata-kata abah selalunya memang mengena umi dgn selambanya. Tak heranla kalau semua , i repeat SEMUA anak2 memang menyebelahi abah setiap kali kami bergaduh kata. pendekata setaip setiap kali abah membalas serangan umi, anak2 akan bersorak..................TERBAIK, ABAH.......
Abah juga tak pernah merungut tentang masakan umi, kalau sedap, dia makan banyak, kalau tak sedap, dia makan juga. Kalau umi masak kari ketam, masak hati, macaroni bakar, cucur jagung, puding jagung, retak seribu masak lemak, dia akan berselera sekali, tapi akibatnya, keesokan hari, kaki abah akan disinggahi penyakit ghout.......kesian kat abah sebab dia kena jauhi seafood, his favourite.
Yang paling abah gemar ialah berjalan ( bukan berjalan kaki ye harap maklum), maksud umi ialah melancung...berpegian ke mana saja bila hari cuti. Sebab itu tak heran la bilamana kami selalu sahaja menghabiskan masa cuti dengan melancong...dalam negara saja la, sebab kewangan terhad. Abah tak kisah kena drive berhari-hari demi kami. Abah selalu kata: masa depa kecik la kita bawa depa, nanti depa besaq, depa tak mau dah ikut......maybe betui cakap abah.....cuma harapan umi, bila anak2 besaq, berjaya nanti, jangan lupa bawa umi dan abah melancong, ke luar negara pulak ye......tapi kami nak pi Mekah dulu tau. Mungkin tempat yg paling kami nak pi ialah Montreal, Kanada, tempat di mana kami bertemu dan berkahwin 28 tahun yg lalu....umi juga teringin nak ke Bukit Merah Floating Chalet yg kita boleh mancing dari atas chalet...ait itu wish umi tau sebab umi suka mancing, abah tolong teman saja hehehe...ayat penting diri...
Hmmmm...kalau nak diceritakan memang tak larat nak taip la, so umi pendekkan cerita lah no.....apapun keluarga kami amat bersyukur dan berbesar hati mempunyai seorng penaung yang amat prihatin dan bertanggungjawab.
Moga Allah Merahmati En Shamsuri bin Othman dunia dan akhirat, Amin.

No comments:
Post a Comment