Salam Ramadhan ke 27,
Pejam celik, pejam celik, sat saja bulan mulia ini dah nak beredar. Adakah kita masih di takuk lama, ataupun kita telah banyak berubah? kalau belum, jangan dok cegat saja, jum kita isi sejumlah 3 hari terakhir ini dengan sebaik-baik amalan. kalau tidak, kita akan ditinggalkan bersama2 orang yang rugi.
Umi memang sibuk memanjang dalam cuti semester seminggu ni. Minggu depan dah nak raya. So, tiap hari ada saja benda yang umi kena buat. Letih tok sah dok cerita la. Syukur selsema umi dah pulih. Sejak balik dari N.9, umi banyak merenung diri, insaf akan kehidupan ini, tidak kita ketahui apa yang akan terjadi baik sesaat dari sekarang, apatah lagi setahun kemudian. Mungkin kita tak dapat lagi mengecapi nikmat Ramadhan tahun hadapan.
Apapun tugas kita sebagai Muslim yang bertanggungjawab, mestilah dilaksanakan juga. itulah yang umi cuba lakukan sebaiknya kepada keluarga umi. Kalau boleh umi tak mau sesiapapun dalam keluarga yang akan terasa hati diabaikan. Seboleh-bolehnya, umi akan cuba penuhi walau sepayah manapun. Tapi adatla, mana mungkin kita jadi sempurna. Oleh itu umi minta maaf awal2 kalau umi tak mampu nak penuhi setiap kemahuan dan permintaan ahli keluarga.
Harapan umi tahun ini raya dapat diraikan sebaiknya, dalam ukhwah yang terpuji, dalam semangat persaudaraan yang tererat. fokus utama ialah mengembirakan hati tok, walaupun dia tak nampak, tapi hati dia terang. Doa umi agar semua sanak saudara dapat berkumpul seperti tahun2 lalu. Moga airmata tok tak tumpah kerana kesedihan, tapi mengalir kerana kegumbiraan.
Akhirnya, umi berdoa agar semua kita dapat memanafaatkan 3 hari terakhir ramadhan dgn segala kebaikan amalan, moga sinar Syawal dapat diraikan dalam suasana yang diredhoi Allah.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATHIN ....
1 comment:
subhanALLAH..may ALLAH bless u umi~
eid mubarak!m
Post a Comment