Thursday, May 17, 2012

Dari Tangan Turun ke Tanah

 Alamak, teruknya gambar ni. Apa cerita lak umi nak buat ni? ha kalau nak tau, umi rasa amat sedih sebab cuti 3  minggu dah nak habis, ahad depan umi kena keja dah..waaaaaaaaaaaaaaaaaa.....so gersang tanah ni sepertinya gersangnya hati umi....ish tak leh jadi, sebelum umi sibuk dgn urusan mengajar, baik umi buat sesuatu yg best dulu....apa laggi...mai kita tengok.
 Ha, umi dah kerosek tayar lama yg  dok tepi rumah dan dah diisi dgn top soil dan tanam gambut. Takkan tak tau nak buat apa, ini namanya recycling process.....takkan nak boh kat kereta lagi kan.
 Tada......umi dah tanam 4 batang pokok ros, merah belang dan kuning. yg tepi tu cam biasala, bunga yang banyak melata di tanah  yg umi pangge bluebell. nama scientificnya payah sangat.....( amacam Shitah?)
 baru 3 hari umi tanam, tetiba, dah keluar kelopak bunga yg sangat harum dan cantik, adui bahagianya....memang serasila tempat ni, lagipun dekat dgn pancur air, so sejuk all the time. Tunggu la bila umi pi kerja nanti, bila balik mesti banyak dah berkembang....adui......bestnya.....
 selain tu, umi clear jugala kawasan tepi rumah ni....nampak semak sikit tapi pokok yg ada semuanya berguna tau.
 ha, kesidang ni, atau pokok kerak nasi, dah berbunga lama dah. pokok ni sebenarnya dihadiahkan oleh seorang kawan masa hari jadi umi dulu...dlm tahun 2004 gitu. Tok marah tanam kat tepi rumah, baik tanam tepi pagar, umi tau sebab dia tapi tak pa, tak berapa subur sangat.....janji bunga ada
 atas sikit, umi tempatkan pokok bunga kertas. galak jugala berbunga bila ubah kat sini, dulu asyik mabuk daun saja, sampai umi give up, but now, bila dok siram air ikan dan air basuh beras, ok la......
Sebab 3 pokok ni la yg umi dok teragak2 nak tambah rumah ke tidak. nampak pokok jambu batu, belimbing madu dan jambu air dah galak hidup, so agaknya lambat lagi la nak tambah rumah.....kalau tidak,kena tebang, adui tak gamak pulak. bagila kita rasa hasil dulu kan.....umi tak dak tanah nak tanam durian, so setakat ini jadilah ye....ai jangan tak tau( memang tak nampak), kat bawah tu umi dah boh anak pokok cabai besar......nanti kkwan leh makan ye....
Setakat ni la saja yg dapat umi tunjukkan. saja suka2 bagi hati gumbira sebelum kena tinggalkan bila umi pi kerja.....harap2 Atih jgnla mengabaikan mereka, kan dia dah dibayar.......

No comments: