Saturday, April 14, 2012

Minat Depa, Ikut Depa

Umi dan abah sedar, kami anak ramai, jadi tak dan nak duduk dan bincang apa minat depa. kami bagi depa peluang utk berdikari, mencari identiti sendiri, mengikut acuan dan gaya dan kebolehan masing-masing. mana mungkin kami dapat memaksa depa ikut minat kami, citarasa kami, kesukaaan kami sebab kami dah semakin berusia, bukan lagi zaman kinja-kinja dgn Walkman 20 tahun dulu. Budak sekarang ada minat sendiri,jadi ikut depa la depa nak buat apa.  

Walaupun gitu, kami sentiasa berdoa, berharap kepada Allah moga dipelihara semua anak2, diberi kelapangan, kemudahan dan jalan yang lurus, kerana kami tau hanya doa ibubapa yang dapat memelihara depa. kalau berjaya sampai ke langit pun, kalau tak dak doa restu kami...semuanya kosong saja.elek...zero...Now, cuba baca apa anak2 umi buat:

Tadi along call, gayut ngan dia sejam lebih. Dia kata insyaallah, bulan 7 nanti, dia akan mula Ramadhan di Mekah selama 2 minggu. Kerja umrah dengan kkwan dia sebelum balik ke Malaysia.  kami tumpang gumbira kerana itu rezeki along, biarlah dia pi dulu, sampaikan salam umi dan abah katTanah suci. Insyaallah ada rezeki, kami akan ke sana jua. Along juga kata dia ada amik bahagian dalam pertandingan badminton sempena Hari Keluarga pelajar Malaysia di Kaherah..menang  pulak dia. Umi rasa ok juga along beriadah selepas penat perah otak belajar. nak main bowling ke, paint ball ke, tak pa.

Hari tu Akak called jugak, kata dia menang main netbal liga. pastu dia ditawarkan jadi GK bagi pasukan jabatan Geomatik. Umi kata orait, sebab akak memang dah lama tak main semenjak stop sekolah. bagi umi dia nak main utk sihat badan, janji pelajaran on.

Tadi Bob pulak FB kata dia dah mula business kerosek henset, tolong kawan upgrade apa umi tak tau la. memang Bob suka ngan henset so kalau dia nak tumpu kat tu pun umi tak kisah, buatlah kerana itupun satu kemahiran.

Petang tadi Eman  sms kata : salam, alhamdulillah menang pertandingan nasyid peringkat negeri, nanti wakil Kedah ke peringkat kebangsaan di Kelantan.Apa lagi umi nak kata, memang syukur sebab penat lelah Uztaz,eman dan kkwan dari SBPI Kubang Pasu berbaloi. Memang Eman minat nasyid. so umi dan abah pun ikut aje. janji SPM pun power gak.  Malam ni, depa dok nasyid ngan Kumpulan Inteam di sekolah Jenan.

Hari Rabu ni, adik pulak akan ambik bahagian dalam koir sekolah sempena Hari Anugrah Cemerlang. Dalam diam dia pun dia amik bahagian gak, so tak kisah la. Umi cuma tolong beli kain utk dia. Biar bagi dia aktif sikit.

Atih lak, kena stop aktiviti sebab dalam 2 minggu ni, dia akan sibuk ngan Pep Akhir Sem Matrikulasi. So dia kena tumpukan perhatian kepada study dia. Umi doakan dia berjaya. Itulah jalan masa depan dia.

Cuma Alin dan Ayish saja yg belum nampak minat depa ke arah mana. yg depa tau, main, main, main.....biarlah depa enjoy hidup budak2 dulu.

Pendek kata, umi dan abah memang tak paksa anak-anak nak ambik bahagian dalam apa acarapun..cuma janji depa tak lupakan pelajaran. Doa kami agar kehidupan mereka diwarnai dengan pelbagai aktiviti yang mendidik depa jadi insan2 yg berjaya dunia dan akhirat.
 

No comments: