Friday, April 6, 2012

Awat Umi Malas Ni

Pagi Jumaat, umi dah siap mengunting daun pisang rumah tok, keliling kampung, sambil geleng kepala kerana sedih tengok kawasan yang semak samun,kalau ada aruah Tok Wan, pasti tidak dibiarkan begini. Atas dasar sayang pada tok dan tok wan, umi gagahkan diri juga. Titisan air embun dari hujan semalam menitik di pipi, seakan faham perasaan umi.
Kemudian umi tebang 3 tandan pisang yg dah masak.satu dah patah mayang, satu lagi umi amik dan satu lagi tinggai kat pak ndak. Kemudian umi bakar daun2 pisang, tak mau jadikan tempat nyamuk membiak.  Sesekali terdetik di hati, dulu umi dah nasihatkan tok, jgn tanam banyak sangat pokok pisang, nanti sapa nak jaga. tok mana nak dengar, maklum masa tu dia kuat.
Tepi pagar dah semak dengan pokok kacang hantu ( hantu betui), umi tarik dan gunting ...payah gak. tapi bila pikiaq nanti apa orang lalu lalang kata, anak ada tapi tak mau jaga kampung ibubapa, jadi umi buat setakat mampu.  pas tu tengok air depan rumah mak lang bertakung....ala paip bocor pulak, patutlah air dalam parit tak luak...ni umi tak  reti buat, kena gitau pak ndak.
Rumah aruah mak lang pun semakin hari semakin usang, walaupun baru saja buat ( adalah dlm 6 tahun tak berpenghuni) . kalau ikut hati umi, biarla di sewa tapi pak ndak tak mau, jadi umi diam aje. kalau disewa boleh la tok tumpang berani .....siapa lah umi nak bagi kata putus.
Elok saja umi masuk rumah, tok dok arah pulak pi korek lubang air acaq ...ya Allah, letih umi nak buat tu sebab dah lama tak proses. Umi rasa nak marah gak. Tenaga perempuan ini jugalah yg diminta, sedangkan tok bukan tak dak anak cucu lelaki tapi......batang hidung semua tak nampak.......kesian depa kecundang minda......( tok ni walaupun dia tak leh keluar rumah, tapi dia tau apa yang berlaku...kes bahaya)
Sebaik balik,, kami singgah market, abah aje yg pi sebab umi dah cramp kaki, singgah makan, kaki dok kena heret aje. sampai rumah tengok pokok2 kat luar pulak. sapa nak buat kalau bukan perempuan ini juga. Tapi umi sayang pokok2 ni, so sambil bakar sampah ( tugas pembakar sampah aje), sambil alihkan anak2 pokok bunga. Sementara hujan turun ni. elok tanam pokok......
masuk aje rumah, umi dah malas nak buat apa. lagipun abah kata masih kenyang makan pagi( brunch sebenarnya). jadi umi tak masak. Bila abah balik Jumaat, umi goreng keropok lekor dan makan, then baca paper, then tiduq....bangun semula, hujan dah turun, pi masak maggi dan buat cokodok.
Malam ni nak keluar pi beli  uniform pengawas perpustakaan kat Alin, so kami makan kat luar la.....sekian cerita Umi yg pemalas hari  ini. ( sekali sekala i deserve to rest kan). esok sure dapur berasap sepanjang hari,  masak kat atih dan eman......siap kau buku resepi.......

No comments: